23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Tamadun Islam semasa masih tidak menunjukkan petanda yang

memberangsangkan berdasarkan pencapaian semasa dalam aspek ekonomi,

sosial dan politik. Namun begitu, perkembangan mutakhir di kebanyakan Dunia

Islam telah memperlihatkan perkembangan yang walaupun sedikit tegang, namun

terdapat beberapa perubahan dari segi kesedaran sosial.

Iktibar Daripada Kejatuhan Empayar Islam

Sejarah telah memperlihatkan bahawa kejatuhan empayar Eropah

merupakan suatu titik kebangkitan empayar Islam. Islam yang dibawa oleh Nabi

Muhammad S.A.W bertahan hingga sekian lamanya dan tidak sampai 100 tahun,

agama Islam tersebar luas ke serata dunia hingga ke pelusuk Negeri China.

Kegemilangan Islam yang didokong oleh ajaran Nabi Muhammad S.A.W pada

awalnya sangat unggul dan meninggalkan kesan yang banyak akhirnya runtuh,

disusuli dengan serangan musuh dari Timur dan Barat. Keruntuhan Islam di Kota

Baghdad oleh Kerajaan Mongol (1258 M) dan kejatuhan Kota Granada ke tangan

tentera salib (pada akhir kurun ke-15 M) telah meranapkan semua kesan-kesan

peninggalan Islam pada ketika itu termasuklah pembunuhan cendekiawan Islam

dan pemusnahan khazanah ilmu. Buku-buku karangan ulama Islam tersohor

dirampas dan juga dibakar untuk melenyapkan keagungan Islam yang pernah

suatu ketika menjadi kekuatan umat Islam. Kesan daripada ini juga, ramai

cendekiawan Islam melarikan diri jauh ke rantau Asia dan menjadi agen penting

misi dakwah Islamiyyah di Kepulauan Melayu sekitar kurun ke 14.

Walaupun ramai pengkaji sejarah telah menulis beberapa faktor penting

yang menyumbang kepada kejatuhan empayar Islam, Mahayudin di dalam

bukunya berpendapat bahawa rata-rata penganalisis Tamadun Islam seperti Ibn

Khaldun, Jurji Zaidan dan Welhausen telah mencapai kata sepakat bahawa punca

utama keruntuhan empayar Islam ialah disebabkan asabiyah. 1 Asabiyah yang

dimaksudkan ialah “kehilangan kepercayaan agama dan ideologi politik,

kemunculan semangat kepuakan dan ideologi perkauman yang sempit.” 2 Faktor

asabiyyah ini memang tidak dapat disangkal lagi jika kita mengambil iktibar

daripada kegawatan politik di Asia Barat pada ketika ini antaranya kejatuhan

legasi Husni Mubarak yang telah mengundang satu reformasi rakyat dan rusuhan

politik yang masih tidak berkesudahan. Begitu juga di Libya, ekoran daripada

ketidakstabilan politik semasa dan campurtangan kuasa asing telah memaksa

Gaddafi untuk meletakkan titik noktah dalam pemerintahan beliau yang sudahpun

menjangkau suatu tempoh masa. Beberapa negara Islam lain termasuk Bahrain,

Tunisia, Yemen Algeria menyaksikan trend kebangkitan demonstrasi dalaman

yang sama di tempat masing-masing. Namun demikian, masih terlalu awal untuk

1 Mahayudin Haji Yahaya (1997), Kejatuhan Tamadun Islam dan Iktibar Daripadanya,

Dalam Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah et. al, Kecemerlangan Tamadun Islam Dalam

Menghadapi Cabaran Abad ke-15 Hijrah/ 21 Masihi, Ibn Khaldun (1960), Wajarah al-

Thawafah wa al-Irsyad al-Qawmi (dalam Bab 1). Kaherah; Jurji Zaydan (1978), History of

Islamic Civilization. New Delhi: Khitab Bhavan; J. Wellhausen (1973), The Arab Kingdom

and Its Fall, London: Curzon Press.

2 Ibid., h. 43.

58

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!