23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

pertimbangan lagi. 5 Sementara Ibn Manzur menyatakan akhlak sebagai

gambaran dalaman manusia, iaitu sifat diri yang memberi makna tersendiri sesuai

dengan status mereka diciptakan sebagai makhluk. Sifat-sifat dalaman ini

seterusnya dizahirkan melalui watak dan tingkah laku mereka sama ada baik

mahupun buruk. 6

Selain itu, akhlak merupakan gambaran hati yang melahirkan gerak geri,

tingkah laku dan tatatertib dalam pergaulan seseorang atau membawa erti tabiat

atau perangai. 7 Sementara Miqdad Yaljan memberikan penjelasan mengenai

akhlak iaitu menunjukkan sifat-sifat semula jadi pada fitrah kejadian manusia

dalam keadaan bebas. Akhlak menunjukkan kepada sifat-sifat yang boleh

diusahakan. Akhlak meliputi dua dimensi iaitu perlakuan dalaman atau jiwa dan

luaran atau tindak tanduk yang dilahirkan seseorang. Miqdad menekankan

pengertian akhlak dari segi perlakuan insan selari dengan sifat semulajadinya.

Perlakuan ini dilakukan secara sedar dan dikategorikan kepada tindakan batiniah

dan zahiriah. 8

Manakala moral adalah perkataan yang berasal daripada bahasa Latin

„mores‟, yang bermaksud keadaan satu-satu tindakan manusia, sama ada secara

individu atau kelompok. 9 Selain itu, „mores‟ juga bererti kebiasaan atau adat. 10

Istilah „mores‟ ini dapat diertikan juga sebagai „ethos‟ dalam bahasa Greek. 11

Moral juga merangkumi perbuatan, tingkah laku atau ucapan seseorang

semasa berinteraksi dengan manusia lain. Sesuatu perkara yang dilakukan oleh

seseorang jika sesuai dengan nilai dan dapat diterima serta menyenangkan

lingkungan masyarakatnya, maka orang itu dianggap mempunyai moral yang baik,

begitu juga sebaliknya. Istilah moral lebih berpihak kepada baik buruknya

perbuatan manusia sebagai manusia. Pembicaraan tentang moral juga adalah

berkaitan dengan bidang kehidupan manusia yang dinilai dari baik buruknya

perbuatan seseorang sebagai manusia. Norma moral dijadikan sebagai tolak ukur

untuk menetapkan betul salahnya sikap dan tindakan manusia, baik buruknya

sebagai manusia.

5 Ghazali, Abu Hamid Muhammad b. Muhammad al- (1990), Ihya’`Ulum al-Din, juzu‟ 3.

Damsyik: Dar al-Khayr. h.69.

6 Ibn Manzur (1990), Lisan al-`Arab, juzu‟ 10. Beirut : Dar Sadir. h.86.

7 Ahmad Amin (1994), Kitab al-Akhlaq. Beirut: Dar al-Kutub al-Arabi, h.2.

8 Miqdad Yaljan (1973), al-Ittijah al-Akhlaqi Fi al-Islam. Cet.1, Mesir: Maktabah al-Kanji,

h.34.

9 Ghazali Basri (2007),“Penghayatan Nilai Moral dan Akhlak Dalam Konteks Pendidikan

Umat Berbilang Agama Di Malaysia”, dalam Ahmad Mohamad Said & Mohd Nasir Mohd

Tap, Pendidikan Sebagai Wahana Pentamadunan Ummah. Kajang: Kolej Dar al-Hikmah.

h.132.

10 K. Bertens (2003), Etika dan Moral Untuk Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Universiti

Malaya. h.2.

11 Runes D.D. (1979). Dictionary of Philosophy. New Jersey, USA: Littlefield Adam and Co.

h.202.

77

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!