23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Pengenalan JKMM

Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, salah sebuah agensi di bawah

kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat merupakan suatu

jabatan kerajaan yang berorientasikan rakyat dan mempunyai hubungan secara

langsung dengan kumpulan sasar di dalam memberikan bantuan dan

perkhidmatan yang efektif.

Sebagai salah sebuah agensi kerajaan yang memainkan peranan penting

dalam pembangunan sosial, penyertaannya dalam usaha membentuk rakyat dan

negara ini bermula sejak dahulu lagi sebelum pembentukan Malaysia.

Dalam jangkamasa 65 tahun, JKMM telah mengalami beberapa evolusi

dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara ini. Bermula dengan

penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat dari Perang Dunia ke

Dua ketika di bawah Pentadbiran Tentera British, peranan dan fungsi jabatan ini

telah berkembang kepada sistem pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial

terutama ketika Malaya baru mendapat kemerdekaan seterusnya apabila Malaysia

mula membangun sebagai suatu kuasa ekonomi yang dihormati.

Permulaan abad ini melihat skop dan tanggungjawab JKMM diperluas

dalam mengintegrasikan pembangunan sosial ke arah mewujudkan masyarakat

penyayang selaras dengan Wawasan 2020 tanpa tidak mengenepikan peranan

dan tanggungjawab di dalam perkhidmatan pencegahan dan pemulihan.

Agama dan Kehidupan

Agama memainkan peranan yang amat penting dalam kebanyakan sejarah

ketamadunan manusia. Al-Mawdudi menyatakan bahawa seseorang manusia

untuk hidup dengan baik dan bermakna mereka memerlukan kepada suatu sistem

atau corak hidup 1 . Persoalan-persoalan seperti kenapa manusia diciptakan

Daripada mana ia datang Ke mana kesudahan dan siapa yang menciptakan

Tidak akan dijawab melainkan dengan agama 2 . Kesimpulan yang dibuat ialah

gejala beragama merupakan gejala yang amat jelas dan nyata dalam kehidupan

manusia. Ia merupakan fitrah semulajadi manusia yang diciptakan Allah S.W.T di

atas muka bumi sebagai khalifah.

1. Pengertian Agama

Menurut Kamus Dewan, perkataan agama bermaksud kepercayaan

kepada Tuhan, sifat-sifat serta kekuasaannya dan penerimaan ajaran serta

perintahnya. Selain itu, perkataan agama juga didefinisikan sebagai kepercayaan

1 Sayyid Abu al-‘Ala al-Mawdudi (1992), Agama Yang Benar dalam Syed Zafar al-Hassan

et al.(ed), Rangkaian Pengetahuan Islam, Singapura: Omar Brithers Publications, h. 68.

2 Abu ‘A’la al-Mawdudi (1984), Asas dan Prinsip Peradaban Islam. Halimuddin SH (terj),

Singapura: Pustaka Nasional, h. 74.

122

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!