23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

dapat ditangani segera. Bersama-sama kita renungi kenyataan Dr. Yusuf al-

Qardhawi yang menggambarkan keadaan Umat Islam kini 15 :

Umat yang lupa diri, sedangkan mereka umat terbaik.

Umat yang tenggelam di belakang timbunan kemajuan material.

Umat yang daya fikirnya jumud, selalunya mengikut dan tidak berupaya.

Umat yang kekuatan ekonominya tidak berfungsi.

Umat yang kuantitinya belum berguna walaupun jumlahnya besar.

Umat yang kekuatan jiwanya tidak berdaya, akibat mengutamakan

kekuatan jasmani daripada rohani.

Umat yang sistem pendidikan dan media massanya tidak menyokong

pembinaan keislaman ummah.

Strategi Merekonstruksi Tamadun Islam

Keadaan kini semakin mendesak untuk memartabatkan peradaban umat

dan masyarakat Islam di serata tempat. Antara usaha yang mungkin boleh dilihat

membantu dalam melonjak kemajuan ekonomi ummah ialah:

1. Penghayatan Cara Hidup Islam dengan Ilmu Pengetahuan Islam dan Ilmu

Semasa

Perlu ada usaha yang berterusan untuk menggalakkan penghayatan cara hidup

Islam dan pengajian ilmu-ilmu Islam di pelbagai peringkat, pada setiap ruang dan

setiap kesempatan. Masyarakat perlu didedahkan dengan ilmu Islam yang

sebenarnya sering memberi motivasi yang tinggi kepada ummatnya untuk terus

mencipta kejayaan sama ada di dunia mahupun di Akhirat. Pembinaan worlview

atau weltangstung Islam yang murni dapat menjelaskan kepada umat Islam akan

matlamat akhir hidupnya iaitu untuk menjadi umat terbaik dan khalifah di muka

bumi ini yang sentiasa menjunjung amanah Allah SWT dengan penuh

tanggungjawab. Kefahaman tentang konsep al-Falah dalam Islam perlu dijelaskan

sebagai pembina motivasi dalam meneruskan kehidupan. Diskusi-diskusi

pengajian Islam perlu diadakan di peringkat pentadbiran, institusi, negara,

antarabangsa sebagai satu usaha menanam budaya ilmu dalam masyarakat yang

seterusnya dapat membina satu suasana hidup Islam yang harmoni dan diredhai

oleh Allah SWT.

2. Penguasaan Sains dan Teknologi Semasa

Aspek pembangunan sains dan teknologi tidak boleh dikesampingkan. Justeru,

antara strategi untuk membudayakan sains dan teknologi masyarakat Islam ialah

pertama, menjadikan budaya berfikir sains sebagai amalan dalam aktiviti seharian.

Ini melibatkan aktiviti pemikiran kritis, dan kreatif yang memerlukan pengamatan,

15

Hilmy Bakar Almascaty (1994), Ummah Melayu: Kuasa Baru Dunia Abad Ke-21, Kuala

Lumpur: Berita Publishing Sdn Bhd., hlm. 20.

68

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!