23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Moral juga sering dikaitkan dengan proses sosialisasi individu dan tanpa

moral manusia tidak mampu melakukan proses sosialisasi. Umpamanya, dalam

konteks mengajar seseorang ke arah pembentukan peribadi yang baik atau

membetulkan kesalahan yang dilakukan, beberapa kaedah digunakan seperti

menegur, memberi nasihat, menakutkan dengan menggunakan rotan dan

sebagainya.

Berdasarkan huraian di atas dapat difahami bahawa akhlak dan moral

merupakan satu pernyataan terhadap perlakuan manusia yang dianggap sebagai

positif, walaupun tidak semestinya kerana ada juga istilah yang mengguna pakai

pernyataan seperti akhlak buruk dan moral buruk. Ini bermaksud seseorang yang

tidak berakhlak atau bermoral adalah orang yang melanggar nilai dan norma

beretika dalam masyarakatnya atau terlibat dalam gejala yang melunturkan

akhlak. 12 Walaupun kedua-dua perkataan ini mempunyai persamaan, namun ia

berbeza dengan konsep akhlak yang lebih dikaitkan dengan nilai ketuhanan. 13

Pelaksanaan KursusTamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Di IPTA

Pelaksanaan kursus ketamadunan di Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) adalah selari dengan aspirasi negara yang peka terhadap perubahan

semasa bagi menghasilkan kurikulum terkini yang diperlukan negara, pasaran dan

pelajar. Kursus ketamadunan yang dikenali sebagai kursus Tamadun Islam dan

Tamadun Asia (TITAS) akhirnya dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) sebagai memenuhi konsep universiti sebagai pembekal ilmu kepada

masyarakat. 14 Ia merupakan suatu tindakan yang tepat oleh Kementerian

Pendidikan Malaysia dalam memperkenalkan pengajian ketamadunan atau kursus

TITAS di institusi pengajian tinggi awam di negara ini. 15

12 K. Bertens (2003), op.cit., h.4.

13 Akhlak adalah istilah yang digunakan oleh masyarakat Islam bersumberkan al-Quran

dan al-Sunnah. Kedua-kedua sumber ini menggariskan beberapa prinsip akhlak yang

menjadi panduan manusia.

14 Hashim Hj. Musa (2005), “Ke Arah Pengajaran TITAS dan Hubungan Etnik Yang

Holistik” dalam Ke Arah Pengajaran TITAS & Hubungan Etnik Yang Holistik, Prosiding

Seminar Pemantapan Kurikulum TITAS dan Hubungan Etnik Peringkat Kebangsaan 2005.

Diselenggara oleh Unit TITAS, Pusat Pemikiran Dan Kefahaman Islam (CITU) UiTM. Pusat

Penerbitan Universiti (UPENA): UiTM Shah Alam, h. 2.

15 Menurut Y.B. Dato‟ Sri Mohd. Najib Tun Razak dalam ucapannya pada 9hb Julai 1997,

kursus ini juga bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada para pelajar IPTA supaya

memahami dan prihatin tentang Tamadun Islam dan beberapa tamadun di rantau ini,

seterusnya mewujudkan sikap keterbukaan untuk menghadapi kepelbagaian tersebut

sesuai dengan konteks Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum dan agama. Di

samping itu, ia juga bertujuan menyediakan para pelajar supaya mempunyai mind-set

yang tepat serta dapat mewujudkan semangat saling kenal mengenal dan hormat

menghormati antara pelbagai tamadun. Lihat Abdul Latif Samian dan Mohamad Sabri

Haron (2000), “Pengajian Umum di Alaf Baru” dalam Wan Kamal Mujani, Tamadun Islam

Dalam

Pendidikan Liberal: Pendekatan Yang Sewajarnya Pada Alaf Baru, Cet. 1. Bangi: Pusat

Pengajian Umum UKM, h. 102.

78

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!