23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

"Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki,

hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika

musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya".

"Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada

kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa

persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku

nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai".

Selain itu, Imam Shafi'i juga menyarankan agar seseorang dapat

mengawal emosinya dengan bermanis muka meskipun terhadap individu yang

dibencinya seolah-olah hatinya penuh dengan kasih sayang di samping

meninggalkan persepsi jahat terhadap seseorang dan tidak perlu diulanginya lagi.

Justeru ketenangan dalam menghadapi situasi ini, seseorang akan memperoleh

kebaikannya. 50

Antara teori yang dikemukakan oleh Imam Shafi'i dalam menghadapi

konflik yang tidak mampu ditangani adalah dengan mengasingkan dan cuba

mengelakkan diri dari terjebak dalam kancah konflik tersebut. Langkah tersebut

adalah lebih baik daripada bergaul dengan orang yang mempunyai niat jahat. Oleh

sebab itu, Imam Shafi'i menyeru manusia agar mencari sahabat yang takwa. Jika

tidak peroleh, langkah sewajarnya yang perlu diambil adalah hidup menyendiri dan

elak daripada bergaul dengan orang jahat dan orang yang tidak tahu membezakan

yang baik dan buruk. 51

Dalam menggapai kejayaan dalam matlamat kehidupan, seseorang

manusia tidak akan menjalinkan hubungan yang baik dengan individu jahat yang

boleh mendorongnya ke arah kesesatan dan kemusnahan dalam kehidupan.

Betapa buruk implikasinya terhadap diri seseorang sehingga Imam Shafi'i

membuat suatu perumpamaan yang cukup menggerunkan. Beliau lebih sanggup

bertemankan anjing-anjing daripada manusia yang jahat dan merosakkan

kehidupan manusia. Ini kerana menurut Imam Shafi'i, sehina-hinanya anjing, ia

masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya yang tersesat, tidak seperti

manusia jahat yang selamanya tidak akan memberi petunjuk. Justeru Imam

menyarankan manusia agar menyelamatkan diri mereka, menjaga lidah kerana

dengan demikian tentu seseorang akan hidup bahagia walaupun terpaksa hidup

sendiri. 52

Kepimpinan

Dalam konteks kepimpinan, terdapat banyak perbahasan yang diutarakan oleh

Imam Shafi'i sama ada dari sudut kelayakan seseorang sebagai pemimpin, sifat

sebagai pemimpin, gaya kepimpinan dan sebagainya. Kebanyakan idea dan

pengalaman yang ditunjukkan oleh Imam Shafi'i mengenai kepimpinan adalah

selari dengan kehendak Islam. Idea dan gaya kepimpinan yang diperkenalkan

oleh Imam Shafi’i merangkumi pendidikan, nilai-nilai kreativiti dan pengurusan

yang tinggi dalam kepimpinan yang boleh dijadikan contoh dan teladan kepada

50 Ibid, h. 23.

51 Ibid., h. 129.

52 Ibid, 44.

51

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!