23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Artikel lain yang penulis pilih ialah “ Amalan Membaca Menyubur

Budaya Ilmu”. Skop perbincangannya ialah berkisar tentang budaya ilmu. Suatu

budaya yang boleh ditakrifkan sebagai nilai dan aktiviti masyarakat dan individu

untuk memperkayakan minda dengan ilmu pengetahuan seterusnya

membangunkan masyarakat ke arah matlamat yang ingin dituju. Artikel ini

menyatakan budaya ilmu meliputi tiga budaya iaitu budaya membaca, berkarya

dan mengkaji. Amalan membaca ternyata mampu menyuburkan budaya ilmu

terutamanya bagi memperkasakan pendidikan. Daripada amalan membaca ini,

maka bercambahlah minda yang kreatif untuk menjana usaha, maka terciptalah

inovasi penciptaan sesuatu yang baru. Bermula dengan amalan semudah

membaca, sesuatu tamadun mampu dirancang dan dibentuk dengan pemikiran

yang rasional serta iltizam yang konsisten untuk memacu kegemilangan. Penulis

artikel ini juga menyatakan bahawa bertitik tolak daripada budaya membaca ini

akan terhasil masyarakat intelektual dengan pemikiran kritis dan kreatif. Sekiranya

budaya ini digarap dengan baik, akan melonjakkan semangat untuk

membangunkan agama, bangsa dan negara serta tamadun yang berpasakkan

iman, ilmu dan amal sebagai tiang utama. Artikel ini juga ada menyentuh tentang

budaya membaca akan membentuk masyarakat yang berinisiatif untuk berkarya

dalam meluahkan pendapat hasil daripada pelbagai pembacaan. Apabila budaya

membaca dan budaya berkarya berjalan seiringan, maka pasti tidak ketinggalan

budaya mengkaji dalam memastikan kesahihan maklumat yang diterima dan

dalam usaha mengembangkan ilmu yang didapati tersebut. kesimpulannya

daripada artikel ini kita dapat kaitkan sebenarnya amalan membaca ini secara

langsung mampu menyuburkan budaya menuntut ilmu yang berterusan, dan

merangsang budaya menulis dan mengkaji sesuatu ilmu baru atau menyambung

pengajian ilmu lama.

Al-quran menitik beratkan makhluk kejadian Allah dan kebangkitan ilmu ke

arah kebenaran dan hak untuk manusia berperanan sebagai hamba dan

khalifah. 12

Isu-Isu Dakwah Dari Sudut Hisbah ( Penguatkuasaan Syarak )

Seorang muslim mestilah memastikan setiap perbuatan dan

percakapannya bertepatan dengan ajaran Islam. Untuk tujuan itu, Allah S.W.T.

telah menetapkan hukum-hukum tertentu dan peraturan-peraturan tentang apa

yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh manusia. Selain itu, hukum

dan undang-undang yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. adalah sebagai satu

wasilah manusia untuk mencapai kebahagiaan dan kejayaan di dunia tanpa

mengabaikan akhirat. Ini kerana objektif undang-undang Islam adalah mengawal,

menjaga, melindungi individu dan masyarakat, mempertahankan negara daripada

dicerobohi musuh dan memberi yang sepatutnya kepada rakyat di samping

12 Mohd Yusuf Hasan ( 2000), op.cit., hlm, 35.

145

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!