23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Peranan Manusia Dalam Pembentukan dan Pembangunan Kebudayaan Islam

Menurut Malik Bennabi

Sebelum menelusuri peranan manusia dalam proses pembentukan dan

pembangunan kebudayaan Islam, perlu dikemukakandefinisi kebudayaan dari

perspektif Malik Bennabi. Pada Bennabi, kebudayaan merupakan suatu elemen

penting dalam pembangunan peradaban manusia sejagat. Beliau mendefinisikan

istilah al-thaqafah (kebudayaan) sebagai teori tingkah laku manusia. 9 Ini kerana

kebudayaan terdiri daripada suatu himpunan elemen spiritual dan nilai-nilai sosial

yang diperolehi oleh setiap individu bermula sejak kelahirannya. Dalam erti kata

lain, kebudayaan merupakan suatu lingkungan persekitaran yang

bertanggungjawab membentuk personaliti dan karakter setiap individu manusia. 10

Kebudayaan juga bermakna ruang sosial yang mengandungi elemen

luaran dan dalaman. Elemen luaran yang dimaksudkannya ialah ukuran, bunyi

dan gerakan yang berasaskan material dan bersifat fizikal kerana boleh

diperhatikan oleh pancaindera manusia dari sudut luaran. Manakala elemen

dalaman pula ialah citarasa, adat resam dan tradisi yang dibentuk berasaskan

moral dan metafizik dan bersifat spiritual kerana melambangkan dalaman

sesebuah kebudayaan yang tidak boleh diperhatikan secara langsung oleh

pancaindera manusia. 11

Berdasarkan definisikebudayaan di atas jelasbahawa manusia berperanan

dalam membentuk dan membangunkannya. Peranan manusia dikaitkan dengan

aktiviti seperti bekerja, belajar, memperbaiki hubungan sesama manusia bahkan

menghidupkan kembali ajaran Islam yang diamalkan oleh masyarakat Islam

semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w. dalam kehidupan seharian masingmasing.

Semua ini dikaitkan dengan ayat al-Qur‟an dalam Surah al-Ra‟d (13) ayat

11 yang menegaskan bahawa Allah Ta‟ala tidak akan mengubah nasib sesebuah

bangsa atau kaum itu melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri.

Ayat al-Qur‟an ini merupakan suatu bentuk tegasan daripada Allah Ta‟ala bahawa

kebangkitan dan keruntuhan sesebuah bangsa adalah bergantung kepada sikap

dan tindakan mereka sendiri. 12

9 Malik Bennabi (2003), The Question of Culture. Abdul Wahid Lu‟lu‟a (terj.). Kuala Lumpur:

Islamic Book Trust & The International Institute of Islamic Thought, h. 50.

Ibid., h. 89. Lihat juga; Zahra Boussalah (2005), “Malek Bennabi: An Analytical Study of

His Theory of Civilization” dalam Kertas Kerja Seminar “Muslims and Islam in the Chaotic

Modern World: Relations of Muslims among Themselves and with Others” di Temple

University, Philadelphia, 30 September – 2 Oktober 2005, h. 9.

10 Malik Bennabi (1960), Hadith fi al-Bina‟ al-Jadid. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 89. Lihat juga;

Zahra Boussalah (2005), “Malek Bennabi: An Analytical Study of His Theory of Civilization”

dalam Kertas Kerja Seminar “Muslims and Islam in the Chaotic Modern World: Relations of

Muslims among Themselves and with Others” di Temple University, Philadelphia, 30

September – 2 Oktober 2005, h. 9.

11 Malik Bennabi (1960), op.cit.,h. 71.

12 Untuk maklumat lanjut sila rujuk; Malik Bennabi (2006), Le Problème Des Idées Dans Le

Monde Musulman. Bayrut: Dar Albouraq, h. 161-165.

114

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!