23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

mewujudkan hubungan persahabatan dengan Muhammad b. al-Hasan semasa

mereka berdua belajar dan berada di Madinah. 23

Suasana keintelektualan yang berlaku di Baghdad banyak menyumbang

kepada keluasan dan keterbukaan Imam Shafi'i dalam ilmu pengetahuan.

Terdapat banyak ilmu yang dihasilkan di Yunan, Parsi dan Hindi diterjemahkan ke

dalam bahasa Arab yang boleh menyebabkan berlakunya perkembangan pelbagai

jenis ilmu pengetahuan. Dengan perkembangan tersebut, tidak hairan jika Imam

Shafi'i merebut peluang untuk menimba segala ilmu yang memberi manfaat

kepadanya di samping mendapat inspirasi dalam mengemukakan hujah dan

perdebatan ilmiyyah. Lantaran itu, beliau mampu berhadapan dengan masyarakat

dan dapat menegakkan setiap kebenaran dan menolak segala kebatilan yang

berlaku dalam perdebatan ilmiyyah. 24

Senario politik yang tidak menentu di Baghdad semasa zaman

pemerintahan Khalifah al-Ma'mun, memaksa Imam Shafi'i berhijrah ke Mesir

sekitar tahun 199H/815M walaupun beliau ditawar oleh kahlifah al-Ma'mun

sebagai kadi di Baghdad. Penghijrahannya ke Mesir adalah untuk

memperkukuhkan disiplin ilmunya. Ini kerana, di Mesir terdapat beberapa orang

dari kalangan murid Imam Malik dan Imam al-Layth b. Sa'ad. Namun Imam al-

Layth tokoh ulama Mesir yang tersohor itu telah meninggal dunia semasa

kedatangan Imam Shafi'i. Tambahan pula, pemerintahan Mesir ketika itu al-'Abbas

b. 'Abd Allah b. al-'Abbas b. Musa b. 'Abd Allah b. 'Abbas merupakan dari

keturunan Quraysy. 25

Majlis-majlis ilmiah terus diadakan oleh Imam Shafi'i di Masjid 'Amr b. 'As

pada setiap hari. Keadaan ini boleh mengekalkan reputasi Imam Shafi'i dalam

menjalinkan hubungan yang baik dengan para ulama dan masyarakat tempatan.

Beliau meninggal dunia pada malam Jumaat selepas waktu 'Isya' 27 rejab pada

tahun 204H bersamaan 4 Januari tahun 820M semasa umurnya menjangkau 54

tahun. 26

Idea Imam Shafi'i Mengenai Pembangunan Manusia Melalui Kemahiran

Interpersonal

Terdapat banyak idea Imam Shafi'i mengenai pembangunan manusia

melalui kemahiran interpersonal yang mampu dijadikan sebagai panduan dalam

kehidupan seharian terutama yang melibatkan hubungan antara individu. Ia

merangkumi pembentukan kendiri dan personaliti seseorang dalam menjalinkan

23 Muhammad al-Khudari Bik (1385H/1965M), Tarikh al-Tasyri' al-Islami, Kaherah: al-

Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra, h. 234-235; Muhammad 'Ali al-Says (t.t), Tarikh al-Fiqh al-

Islami, Kaherah: Matba'ah Muhammad 'Ali al-Subayh, h. 95-96; 'Abd al-Rahman al-

Syarqawi (1411H/1991M), op. cit., h. 140-141.

24

Jad al-Haqq 'Ali Jad al-Haqq (1411H/1991M), al-Fiqh al-Islami Nasy'atuh wa

Tatawwaruh, Kaherah: Dar al-Syabab, h. 75; Muhammad Abu Zahrah (1987M), Tarikh al-

Madhahib al-Islamiyyah, op. cit., h. 453-454; Sufi Hasan Abu Talib (1410H/1990M), op. cit.,

h. 138-139.

25 Rasyad Hasan Khalil (1423H/2002M), op. cit., h. 298; Muhammad Abu Zahrah (1987M),

Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah, op. cit., h. 449.

26 Ibid.

44

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!