23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat.

Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia

dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ia

boleh didapati dalam keseluruhan topik tamadun yang dibincangkan iaitu tamadun

Islam dan Melayu yang mengenengahkan kesucian agama Islam; tamadun India

dengan agama Hindu, Empat kebenaran Mulia, Lapan Jalan Mulia, Mazhab

Hinayana dan Mahayana, agama Sikh; serta tamadun Cina kaya dengan

kepelbagaian falsafah dan agama seperti Konfusianisme, Buddhisme Cina,

Daoisme, Moisme, aliran Fa dan Islam.

Agama memainkan peranan yang sangat penting dalam mendidik akhlak

dan moral seseorang. Individu yang dibesarkan dalam suasana menghayati

ajaran-ajaran agama sejak kecil akan dapat membina peribadi dan sahsiah diri

yang baik. Menurut Muhammad Uthman terdapat beberapa aspek agama dan

kepercayaan tamadun-tamadun lain dalam kursus TITAS dalam membina

peradaban dan peribadi manusia iaitu 29 :

1. Paksi diri manusia yang bersifat bukan benda tetapi zat spiritual yang perlu

dijaga kesejahteraannya.

2. Kepentingan menjaga hubungan harmoni antara alam bumi dan alam

langit – “the earth” – “heaven”, alam benda dan bukan benda, “material and

spiritual”.

3. Kehidupan moral yang berpaksikan hubungan antara yang kebendaan

dengan alam spiritual yang mengatasinya.

4. Kepentingan menjaga keharmonian hidup manusiawi dan alam sekitar

buatan (“the built environment” – dengan alam sekitar tabii atau semula

jadi.

5. Kepentingan menjaga institusi keluarga, termasuk keluarga berangkai.

6. Kesedaran tentang hidup yang dipengaruhi oleh simbolisme, bukan

semata-mata pengalaman yang bersifat “literal”.

7. Kepentingan keseimbangan atau kedudukan harmoni antara kegiatan

fizikal yang cergas dengan kontemplasi yang mendalam.

8. Kepentingan memandang masalah ekologi dari segi prinsip-prinsip

intelektual Timur berdasarkan pada paras paling mendalam dengan

metafizik.

9. Pembentukan kefahaman harmonis antara sains dan falsafah Timur dan

pengalaman spiritual mereka yang ahli.

10. Dialog intelektual dan spiritual yang beradab antara wakil tamadun Timur

demi untuk membentuk identiti budaya dan intelektual Timur untuk

menghadapi globalisasi.

2. Institusi Kekeluargaan

29

Muhammad Uthman El-Muhammady (2002), “Nilai-Nilai Kerohanian Dalam

Pembangunan Tamadun di Malaysia”. Seminar Nilai-Nilai Peradaban dan Wawasan 2020,

29-30 Julai 2002, bertempat di Auditorium Institut Asia-Eropah, UM, anjuran Pusat Dialog

Peradaban UM & Persatuan Siswazah Wanita Malaysia. h.3.

83

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!