23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Rukun Islam juga turut menekankan elemen solat dalam konteks

membincangkan pengertian, hukum dan dalil. Pendidikan berhubung berpuasa di

bulan Ramadhan membincangkan aspek pengertian, hukum dan dalil berpuasa.

Elemen zakat juga turut diterapkan dalam proses pendidikan dengan

membincangkan aspek pengertian, hukum dan dalil. Modul ini juga turut

menerapkan elemen haji dengan membincangkan aspek pengertian, hukum, dalil,

hikmah, tujuan dan faedah.

b. Bidang Akhlak

Modul ini juga turut membincangkan berhubung akhlak. Perbincangan

mengenai akhlak merangkumi sifat taubat. Pembahagian akhlak dibahagikan

kepada lima aspek utama iaitu adab dalam kehidupan harian, adab terhadap ibu

bapa dan keluarga, adab dalam kehidupan bersosial, adab menuntut ilmu dan

adab dengan al-Quran.

Modul ini juga turut membincangkan berhubung sifat-sifat terpuji dan

tercela, adab-adab berdoa, tempat mustajab berdoa, contoh akhlak Rasulullah

S.A.W, konsep pergaulan dan konsep aurat dan pakaian dalam Islam.

c. Bidang Tilawah

Modul pemulihan pendidikan Islam ini turut membincangkan berhubung

pengenalan tilawah al-Quran, asas pelajaran tilawah, jawi, tajwid serta asas

pengajian al-Quran.

Berdasarkan modul yang telah digubal, pelatih juga diminta untuk

mengamalkan surah-surah al-Quran pada tiap-tiap pagi dan petang, sebelum tidur

dan tiap-tiap malam.

Menjadi kewajipan pada setiap pelatih untuk membaca surah surah pilihan

seperti surah Yaasin, al-Mulk, al-Waqiah dan al-Dukhan pada setiap malam.

Manakala pada malam Jumaat, pelatih akan membaca surah Yaasin, al-Dukhan,

al-Kahfi, al-Jumu’ah. Pada hari Jumaat pula, pelatih dikehendaki membaca surah

Yaasin dan al-Dukhan.

iv.

Kaedah Pengajaran

Berdasarkan modul yang telah digubal, terdapat beberapa kaedah yang

diguna pakai dalam pelaksanaan pengajaran di setiap istitusi. Di antara kaedah

tersebut ialah kuliah, perbincangan dan soal jawab, bercerita, sumbang saran,

latih tubi dan amali serta demonstrasi dan tayangan slide.

v. Kaedah Penilaian

131

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!