23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Conggo di Afrika, Sungai Indus,Sungai Euprates dan Sungai Tigris di

Benua Asia, Sungai Kapuas, Sungai Mahakan dan Sungai Barito.

Manakala di Malaysia, sebagai negara khatulistiwa terdapat banyak sungai

seperti Sungai Pahang, Sungai Perak.Terdapat banyak sungai-sungai

utama dan penting di dunia Islam. Boleh menjadi faktor kearah pencapaian

kemakmuran yang menyeluruh kepada masyarakat Islam di seluruh dunia

Islam jika terdapat kerjasama dan kesepaduan yang kukuh.

3. Kedudukan Dunia Islam Di Pusat Laluan Hubungan Antarabangsa

Dunia Islam berada di tengah dunia telah menjadikan kedudukannya

strategik bagi laluan darat, laut dan udara yang memudahkan hubungan

antarabangsa. Ia sewajarnya memberi keuntungan utama bagi kepentingan dalam

sektor ekonomi masyarakat Islam umumnya. Asasnya adalah menjadikan dunia

Islam berada di pusat hubungan antarabangsa. Kepentingan dan keutamaan ini

berasaskan faktor berikut:

a) Kedudukan dunia Islam di tengah dunia klasik (melibatkan Asia Afrika dan

Eropah). Seperti juga ia masih berkekalan dipertengahan dalam konteks

dunia baru semasa yang melibatkan Amerika Utara ( Amerika Syarikat dan

Kanada), Amerika Selatan dan Benua Australia, Asia dan Eropah.

b) Dengan kedudukan di pertengahan dalam konteks dunia klasik dan moden

menjadikan dunia Islam hak aktiviti dan mengawal selia laut dan pantai,

utama dunia, teluk-teluk dan selat-selat utama dan strategik dunia.

c) Melalui penyeliaan terhadap laut dan pantai utama dunia menjadikan

pelabuhan dan lapangan udaranya menjadi persinggahan bagi

pengeluaran dan kemasukan hasil keperluan yang mudah bagi seluruh

dunia Islam.

d) Di sudut lain dunia Islam memperlihatkan hampir keseluruhan udaranya

sesuai dilalui dan didarati oleh penerbangan udara yang merupakan alat

perhubungan utama terpantas dunia semasa untuk sepanjang masa dan

hari tanpa sebarang gangguan oleh liputan salji dan seumpamanya seperti

dialami sesetengah lapangan udara negara-negara bukan Islam.

Keutamaan ini telah bertambah penting berikutan pembukaan Terusan

Suez yang memudahkan dan mendekatkan hubungan antara dunia timur dan

barat dari sudut laluan laut. Sebagai memperakui kepentingan dunia Islam pihak

berkuasa di kementerian luar Perancis pada tahun 1952 ketika menggambarkan

dan memperakui kepentingan dunia Islam telah mempertegaskan bahawa dunia

Islam adalah kawasan di mana banyak pihak di dunia sama ada pimpinan

ekonomi tentera dan kuasa politik adalah terikat dengannya di mana mereka

(masyarakat Islam dari tokoh politik, tentera dan ahli ekonomi Islam) sehingga kini

masih belum berkefahaman yang jelas dan sempurna mengenainya. Masyarakat

Islam perlu dikekal kecewa, kekal dihimpit kemunduran dan perpecahan sesama

sendiri. Walaupun penganut Islam memperlihat kecenderungan untuk menikmati

masa depan lebih baik, kebebasan lebih sempurna, namun mereka kekal dengan

kurang aktif untuk berkerja keras disamping terus kekal dengan kekacauan

sesama sendiri. Dalam konteks ini menjadi tanggungjawab kita (barat)

162

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!