23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

al-Quran. Qias pula bermaksud perluasan cakupan hukum dan sistem yang

dinyatakan dalam kitab al-Quran untuk perkara yang tidak dinyatakan secara jelas

dalam al-Quran kerana persamaan faktor melingkunginya. Manakala ijma’ pula

penentuan sistem dan berasaskan persamaan perspektif mengenainya di

kalangan ulama’ Islam yang berkedudukan lebih berkeahlian dalam pemahaman

pernyataan al-Kitab. Berasaskan ini bagi umat Islam lebih mudah sepatutnya

untuk kesatuan kesimpulan antara mereka kerana asas pokok yang satu dalam

penentuan hukum dan sistem disamping terdapat asas yang mempunyai perkaitan

dengan sumber asas dalam penentuan sistem dan hukum dalam perkara yang

lahir berasas perkembangan dan penemuan baru. Melalui asas kukuh ini

sepatutnya lebih mudah untuk umat Islam menghasilkan kesatuan budaya dan

kesatuan pendekatan. Bahkan ianya lebih mudah bagi umat Islam disemua

bahagian geografi dunia mempunyai bahasa pertuturan diperingkat antara bangsa

jika mereka menyedari keperluan asas penguasaan bahasa Arab (bahasa

pengucapan al-Quran) sebagai asas pemahaman al-Quran sumber asas sistem

dan hukum Islam.

Dari sudut sejarahnya pula dilihat secara asas hampir dunia Islam dan

umat Islam melalui pengalaman sejarah yang hampir sama. Keadaan ini

meletakkan permasalahan dihadapi mereka hampir sama. Hampir seluruh Negara

Islam dalam kondisi semasa adalah dari negara-negara dan umat Islam dijajah

oleh pelbagai kuasa penjajah Eropah seperti Inggeris, Perancis dan lain. Jika

terdapat sebahagian kecil negara Islam yang tidak dijajah seperti Turki namun

ianya atas tekanan kuasa penjajah Barat di era kelemahan telah menguasai

pimpinan masyarakat tempatan telah menjadikan Turki berkedudukan seperti

negara Islam yang dijajah Barat hingga mereka meletakkan kedudukan Turki

sebagai negara sekular barat lain.

Dilihat dari sudut amalan ibadat khusus yang menjadi kewajipan umat

Islam memperlihatkan dorongan dan tuntutan umat Islam sejagat untuk bersatu

dan bekerjasama antara mereka demi kepentingan kehidupan harian mereka dan

memperlihat daya tarikan kepada umat lain bersama mengambil asas dan sistem

Islam, selari dengan kedudukan agama Islam rahmat untuk seluruh umat manusia.

Dalam konteks ibadat haji umpamanya boleh dikembangkan untuk menjadikan

muktamar tahunan pimpinan politik dan korporat umat Islam dalam

memperbincangkan aktiviti mereka kearah menyumbang kebajikan sejagat. Dalam

ibadat puasa pula sepatutnya menyedarkan mereka tentang betapa perit dan

seksanya golongan fakir dan miskin yang terpaksa menjalani rasa lapar dan

dahaga bukan dalam tempoh masa terbatas, tetapi sebahagian adalah bersifat

sabanhari, bulan dan tahun. Untuk itu sepatutnya menyedarkan golongan korporat

memperhitung aktiviti mereka ke arah memperkecil dan mengurangkan golongan

menderita seperti itu dalam masyarakat dan dunia Islam. Manakala dalam ibadat

sembahyang seluruh umat Islam berkiblat kepada arah yang sama. Berasaskan

itu sepatutnya menyedarkan mereka untuk kembali kepada system yang satu pula

dalam kegiatan mereka iaitu sistem Islam. Dengan mempraktikan itu semua

membuktikan ketepatan dengan keutamaan Islam dan sistemnya, ianya juga asas

perakuan setiap masyarakat Islam tentang keutamaan Islam berbanding sistem

lain.

170

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!