23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Ia akan membentangkan pandangan Bennabi mengenai manusia serta

peranannya dalam pembentukan dan pembangunan kebudayaan Islam.

Justeru itu, kertas kerja ini akan mengupas persoalan tersebut dari dua

konteks utama konsep manusia menurut Bennabi dan peranan manusia dalam

proses pembentukan dan pembangunan kebudayaan khususnya kebudayaan

Islam.

Konsep Manusia Menurut Malik Bennabi (1905-1973)

Sesungguhnya manusia merupakan elemen yang menjadi daya penggerak

paling penting dalam pembentukan dan pembangunan kebudayaan. Menurut

Bennabi manusia mempunyai dua entiti iaitu; 1) Identiti semulajadi yang

berunsurkan sifat fizikal dan spiritual tidak boleh diubah kerana telah ditetapkan

oleh Tuhan Yang Maha Pencipta iaitu Allah Ta‟ala; 5 dan 2) Identiti sosial yang

terbentuk berdasarkan mental dan psikologi manusia melalui warisan masyarakat

dan sejarah. Identiti sosial ini sentiasa berubah kerana setiap permasalahanhidup

yang dihadapi oleh manusia,sama ada pada peringkat individu mahupun

kelompok masyarakat, biasanya akan diselesaikan dalam bentuk dan pendekatan

yang berbeza sesuai dengan keadaan persekitaran serta masa yang berbeza. 6

Selain itu, manusia juga dilihat sebagai satu daripada elemen material

kebudayaankerana nilainya sebagai agen penggerak yang berperanan

mempengaruhi pembentukan elemen luaran kebudayaan. Nilai manusia tersebut

turut memberi kesan kepada masyarakat dari tiga sudut iaitu; 1) Intelek („aql) yang

merujuk kepada akal manusia yang berkeupayaan menghasilkan pelbagai idea

pemikirandi manasetiap idea pemikiran tersebutkemudiannya memainkan peranan

secara fungsional dalam kehidupan seseorang; 2) Usaha („amal) yang merujuk

kepada proses penggunaan tenaga seseorang untuk melakukan sesuatu

pekerjaan dalam membangunkan kehidupan masing-masing; 7 dan 3) Harta (mal)

yang merujuk kepadasuatu bentukalat atau keperluan sosial yang mendorong

kemajuan berbentuk material kepada manusia. 8

5 Malik Bennabi (2006), Vocation De L‟Islam. Bayrut: Dar Albouraq, h. 69-70.

6 Malik Bennabi (1987), Milad al-Mujtama‟. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 180-200.

7 Pada pandangan Bennabi,kerja merupakan suatu himpunan dari usaha-usaha yang

dilakukan oleh seseorang untuk mengubah keadaannya dan menciptakan suatu

lingkungan yang baru bagi dirinya.Kerja pada Bennabi turut dianggap memberi kehidupan

kepada manusia. Oleh itu, setiap manusiabertanggungjawab untuk menggunakan tenaga

dirinya sebaik mungkin iaitu dengan berusaha atau bekerja bersungguh-sungguh. Beliau

merujuk kepada pesanan Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud bahawa “tiada

makanan apa pun yang paling baik untuk dimakan seseorang kecuali yang dihasilkan oleh

tangannya sendiri, dan bahawasanya Nabi Allah Daud makan dari hasil tangannya

sendiri”.Untuk maklumat lanjut berkaitan hadith tersebut sila rujuk; Muhammad b. Isma„il

Abu „Abd Allah al-Bukhari (1994), Sahih al-Bukhari, Jil. II. Bayrut: Dar al-Kutub al-„Ilmiyah,

h. 720 (hadith ke 1966).

8 Malik Bennabi (1987), Shurut al-Nahdah, c.4. Damsyiq: Dar al-Fikr, h. 77.

113

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!