23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

lahir dan hidup di Asia Barat dengan aktiviti ekonominya, adalah dalam sektor

perdagangan. Dilihat dalam konteks kedudukan geografi Asia Barat (atau khasnya

Semenanjung Tanah Arab), ia adalah kawasan paling tengah dunia. Gabungan

dari kedudukan geografi Asia Barat di mana bermula kebangkitan Islam dan

kedudukan aktiviti ekonomi masyarakatnya dalam sektor perdagangan telah

menjadikan Islam (risalah ilahiah terakhir) yang bersifat untuk seluruh umat

manusia, dengan pantas tersebar dan dianuti oleh pelbagai komuniti manusia di

Asia, Afrika dan Eropah. Dilihat dari sudut falsafah perutusan ini, jelas

memperlihatkan bahawa Allah S.W.T memperhitungkan aspek strategi dalam

pemilihan Rasulnya yang terakhir untuk membawa risalah IslamNya adalah bagi

memberi laluan kemudahan umat manusia mengenali, menganuti dan

mempraktikkannya. Berasaskan itu, umat Islam seharusnya yang berada

dikedudukan strategik ini perlu mempraktikkan penyebaran dan penghayatan

Islamnya secara sempurna, untuk mempengaruhi komuniti non Islam (bukan

Islam) tertarik dengan Islam sama ada dalam bentuk menganutinya atau bernaung

dan mempraktikkan sistem Islam dalam kehidupan mereka pula. 2 Jika sebaliknya

iaitu umat Islam membelakangi penghayatan Islam dalam bentuk mempraktikkan

dalam amalan hidupnya sistem yang lain seperti sekular umpamanya, bererti

mereka kurang menyakini keutamaan sistem Islam berbanding sistem lain.

Berasaskan ini untuk maksud mengembalikan keunggulan dan keutamaan Islam

kedudukan strategik geografi dan aktiviti hidup dalam sektor ekonomi perlu

digabungkan dengan kesediaan setiap peringkat umat Islam mempraktikkan Islam

sesempurnanya dan menyeluruh dalam seluruh aktiviti kehidupannya. Oleh

kerana kertas ini disediakan bagi mengenengahkan kefahaman umat Islam dari

sudut dunia geografi dunia Islam adalah strategik, ianya dapat dilihat dalam

gambaran berikut.

telah mula boleh berhubung antara satu sama lain seperti mengguna perahu, maka

serentak dengan itu Allah mengutus Rasul yang risalahNya untuk beberapa komuniti

masyarakat manusia. Apabila kemajuan perhubungan di kalangan manusia telah berada di

ambang kemungkinan telah boleh berhubung antara satu sama lain dengan mudah walau

jarak kedudukan mereka dengan jarak yang agak jauh sekalipun telah boleh berhubungan

dengan mudah melalui kapal-kapal yang dapat meredah lautan dalam atau melalui

penerbangan yang boleh meredah udara atau melalui perhubungan telefon dan lain-lain,

maka Allah mengakhiri perutusan Rasul dengan risalah Islamnya bersifat seluruh umat

manusia tanpa dibatasi oleh jarak geografi dan jarak masa. Kedudukan kerasulan Nabi

Muhammad S.A.W untuk seluruh manusia dan terakhir dijelaskan Allah dalam beberapa

firmanNya seperti dalam ayat 28 Surah Saba’ dan lain-lain.

2 Allah melalui beberapa firmanNya seperti melalui ayat Surah al-Baqarah ayat 256

menjelaskan tiada paksaan dalam penganutan Islam, tetapi menuntut umat Islam

berpegang teguh ikatan dengan tali Allah (agama Allah), melaluinya akan terserlah

kebaikan kepada umat Islam dalam kehidupannya, melaluinya akan memberi laluan

kepada komuniti manusia belum Islam akan tertarik untuk ikut bersama sebagai panganut

Islam. Melaluinya juga akan terserlah persaudaraan umat manusia sejagat dalam bentuk

lebih kukuh. Kebaikan Islam kepada umat manusia berbanding pengamalan sistem Islam

adalah dalam bentuk persaudaraan dan perpaduan umat yang utuh dan. Iltizam dengan

ajaran dan sistem seperti maksud firman Allah ayat 103 Surah al-Imran.

156

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!