23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Selain itu, Islam turut menggerakkan akal manusia berdasarkan prinsipprinsip

keagamaan supaya memajukan diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat

masing-masing. Manusia yang memahami dan menghayati ajaran Islam akan

dapat melakukan sebarang bentuk perubahan dan kemajuan dalam bidang

keintelektualan. Buktinya, kegiatan keilmuan dan keintelektualan berkembang

pesat dalam peradaban manusia khususnya peradaban Islam semasa

kemunculan tokoh ilmuwan Islam seperti al-Farabi, Ibn Sina, Abu al-Wafa‟, Ibn

Rushd sehingga Ibn Khaldun.

c. Psikologikal

Selain dua aspek di atas, Islam turut memberi sumbangan terhadap aspek

psikologikal dalam proses pembangunan peradaban. Sumbangan Islam yang

boleh dilihat dalam konteks ini ialah ajarannya sebagai sebuah agama yang dapat

memberi semangat kepada umat Islam untuk membentuk tingkah laku yang baik.

Selain itu, Islam turut mendorong manusia supaya berusaha bersungguh-sungguh

untuk memajukan diri sendiri, ahli keluarga dan masyarakat dengan membabitkan

diri dalam bidang keilmuan iaitu dengan menuntut ilmu dan bidang pekerjaan iaitu

bekerja menyara hidup masing-masing. 21

Dalam aspek psikologi, ianya merujuk kepada tingkah laku dan sumber

daya manusia yang dapat digerakkan untuk membangunkan sesebuah peradaban

berdasarkan dorongan keagamaan. Bennabi turut menyatakan bahawa Islam ialah

suatu fenomena berbentuk pemikiran keagamaan yang membangun dan

menggerakkan sesebuah peradaban. Ini kerana pada Bennabi peradaban

diumpamakannya seperti matahari yang mana ianya akan sentiasa bergerak

dalam lingkungan kehidupan manusia.

Pengaruh dan Sumbangan Islam Dalam Pembangunan Peradaban Menurut

Shari‘ati

Idea pembanguan peradaban yang diketengahkan oleh Shari„ati banyak

dipengaruhi oleh agama pegangannya iaitu Islam. Oleh kerana pentingnya

pengaruh agama terhadap tamadun, Shari„ati telah memberi penekanan khusus

terhadap pemahaman Islam menggunakan metode yang dicadangkan.

Seterusnya beliau mendatangkan beberapa faktor utama berlandaskan ajaran

Islam dalam merubah masyakarat. Selain itu, Islam juga telah menyumbangkan

sesuatu yang amat berharga kepada Shari„ati dalam gagasannya yang disebut

sebagai Islamologi.

a. Pendekatan Ali Shariati dalam memahami Islam

Perkara yang ditekankan oleh Shari„ati ialah mengenali Islam dengan betul

dengan menggunakan metode yang betul. 22 Hal ini kerana baginya, kepercayaan

21 Ibid., h. 41.

22 Ali Shariati, An Approach To The Understanding of Islam, Part 1 (The First Night‟s

Lecture), http://www.shariati.com/lesson1.html, h.1-2.

100

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!