23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

tangungjawab dakwah dengan baik. Terdapat pelbagai persepsi berhubung

matlamat dakwah yang diutarakan olek tokoh-tokoh pendakwah.

Menurut Ali Mahfudz, matlamat dakwah ialah usaha memberi dorongan

kepada manusia ke arah melakukan kebaikan untuk mendapat petunjuk Allah

S.W.T. Menyeru melakukan perkara-perkara kebaikan dan melarang dari

melakukan perkara-perkara kejahatan agar mereka mendapat kebahagiaan di

dunia dan akhirat. 25

Menurut Muhammad al-Sayyid al- Wakil, matlamat dakwah ialah untuk

membawa manusia ke arah kebaikan dan petunjuk dengan menyuruh melakukan

kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran 26 . Dengan ini dapat

menyelamatkan manusiadari kecelakaan dunia dan akhirat serta membawa

kepada jalan yang benar, yang menjadi matlamat kepada turunnya agama Islam

kepada umat manusia.

Yusof al-Qaradawi menjelaskan matlamat program dakwah ialah untuk

membawa orang lain kepada agama Allah S.W.T. dan mengikut petunjuknya

dengan mengesakan Allah S.W.T. dalam peribadatan, membebaskan pemikiran

manusia dari kongkongan taghut dan karut marut, mengajak manusia ke arah

pemikiran yang berdasarkan logik rasional, menyeru kepada kebaikan dan

mencegah kemungkaran serta berjihad ke jalan Allah S.W.T. 27 , dari keadaan

sempit kepada kelapangan dunia dan akhirat. Di samping itu, ia bertujuan

membentuk akidah manusia yang sedia ada kepada akidah tauhid yang bersih 28

Rauf Syalabi berpendapat, matlamat dakwah merupakan usaha membawa

perubahan kepada manusia dari pemikiran bukan Islam kepada Islam, dari

kegelapan kepada cahaya Iman, dari keadaan sempit kepada kelapangan dunia

dan akhirat. Di samping itu, ia bertujuan membentuk akidah manusia yang sedia

ada kepada akidah tauhid yang bersih. 29

Abdul Aziz Mohd Zin menyatakan matlamat dan hala tuju dakwah ialah

membawa masyarakat ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat, melalui

pelaksanaan tugas sebagai khlifah di muka bumi Allah S.W.T. Dakwah menghala

masyarakat kepada umat terbaik, umat tertinggi, umat terkuat dan termulia di

kalangan umat yang ada, untuk diselaraskan dengan kedudukan Islam yang tinggi

dan mulia 30

Keterangan di atas menjelaskan bahawa dalam apa usaha dan aktiviti

yang dibuat adalah bertujuan mengajak manusia mengenal Islam, menerimanya

serta beramal secara konsisten. Secara tidak langsung, program dakwah yang

25 Ali Mahfudz (1975 ), op.cit., h.18.

26 Muhammad al-Sayyid al-Wakil (1986 ), Usul al-Dakwah wa Adab al-Duah, al-Mansurah:

Dār al-Wafa’, h. 9.

27 Sayyid Qutb (1971), Fi Zilal al-Quran, jil. 13, cet. 7, Beirut: Lubnan, h. 243-244.

28 Rauf Syalabi ( 1882 ), Sikulugiyat al-Ra’I wa al-Da’wah, Kuwait: Dar al-Kalam, h. 49.

29 Ibid.

30 Abd. Aziz Mohd Zin (2005), op.cit., h. 28.

128

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!