23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

kepada sesuatu dewa iaitu yang dipuja dan sebagainya serta menganggap dewa

itu sesuatu yang berkuasa 3 .

Ketika membahaskan asal usul perkataan agama, Harun Din berpendirian

bahawa perkataan agama bukanlah istilah yang berasal dari Islam. Ia dipinjam

dari bahasa Sansekerta merujuk kepada sistem kepercayaan dalam ajaran Hindu

dan Budhha. Kemudian perkataan agama bermaksud jalan terus yang digunakan

oleh masyarakat Nusantara bagi menjelaskan istilah agama baru mereka iaitu

Islam. 4 Sebagai bukti dalam ajaran Buddha menyebut undang-undang pokok

sebagai jalan. Jesus menyuruh pengikutnya menurut jalannya manakala syariat,

tariqah dan sirat dalam ajaran Islam bermaksud jalan. 5

2. Pengertian Din

Al-Din mempunyai banyak pengertian yang kadang-kadang berlawanan

makna antara satu sama lain. Perkataan al-Din bermaksud kerajaan, khidmat,

sultan, paksaan, ihsan, pemerintahan, perjalanan hidup, pentadbiran, ketinggian,

keadaan, perutusan, ibadat, adat, pembalasan, ketaatan, kehinaan, tunduk patuh,

kiraan, maksiat, kemenangan, Islam dan tauhid. 6

Dari segi istilah al-Din ialah kepercayaan kepada adanya zat yang ghaib

yang Maha Tinggi, Maha Perkasa dan Bebas dengan kemahuan dan iradahNya

untuk bertindak, mengatur dan mengurus alam semesta, iaitu kepercayaan yang

membolehkan bermunajat dengan zat yang Maha Tinggi dengan penuh harapan,

bimbang, patuh dan pengagungan atau ringkasnya keimanan kepada zat

ketuhanan yang layak diberikan ketaatan dan ibadah 7 .Ia juga bermaksud

kepercayaan kepada kewujudan sesuatu Wujud yang Maha Tinggi, serta

mendorong tingkahlaku berdasarkan kepercayaan tersebut. 8

Islam Sebagai Cara Hidup

Islam merupakan agama benar yang didatangkan oleh Allah S.W.T

diturunkan untuk seluruh makhluk dan alam semesta. Tidak ada agama lain yang

diakui kebenaran melainkan Islam. Allah S.W.T berfirman :

3 Noresah bt. Baharom et. al. (1994), Kamus Dewan, Cet.13, Kuala Lumpur, Dewan

Bahasa dan Pustaka, h. 12.

4 Bahasa Sanskerta termasuk dalam rumpun bahasa Indo-Jerman. Dalam Bahasa

Belanda dan Inggeris, anggota-anggota rumpun itu, ditemukan kata ga, gaan ( Belanda)

dan go (Inggeris) yang pengertiannya sama dengan gam, iaitu pergi. Setelah mendapat

awalan dan akhiran a pengertiannya berubah menjadi jalan. Ibid, h. 253.

5 Ibid. h. 254.

6 Ibn Syarif (1984), al- Adyan fi al-Qur’an, Cet. 5. Saudi Arabia, Maktabah al-Akkaz, h. 20.

7 Muhammad ‘Abdullah Darraz (1970), al-Din, Kuwait: Dar al-Qalam, h. 52.

8

Muhammad Kamal Ja’far (1970), Fi al-Din al-Muqarran, Kaherah: Dar al-Kutub

al-Jami’iyyah, h. 20.

123

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!