23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

mengekalkan mereka (dunia Islam) terus kekal dengan tidak membangun dan

maju serta terhasil cita-cita mereka untuk lebih baik. Aspek ini adalah amat

penting kerana jika barat gagal dalam usaha menggagalkan kemajuan mereka

(dunia Islam) akan meletakkan dunia barat dalam keadaan merbahaya dan apa

yang kita (barat) bina untuk kebangunan sendiri seolah-olah di terbang angin jauh

untuk dinikmati. Sesungguhnya kesedaran untuk perubahan dikalangan

masyarakat Arab Islam khasnya dan diikuti lain-lain institusi kekuatan dan

pergerakan politik masyarakat Islam utama merupakan peringatan awal kepada

kemungkinan terjadi kepada dunia barat untuk menjadi penamat kepada

peranannya dalam kepimpinan dunia. 6

Perakuan dari pihak berkuasa di kementerian luar Perancis (satu negara

Eropah utama dalam kondisi semasa) tidak sahaja harus membangga umat dan

dunia Islam tentang keutamaannya sahaja, tetapi sewajibnya dilihat oleh umat

Islam dari kalangan pimpinan politiknya, para pentadbir dan ahli koperatnya

sebagai cabaran untuk mereka membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa

mereka lebih integriti dan berakhlak tinggi dalam perlaksanaan tugas dan

kewajiban kesan tuntutan ajaran Islam. Sebarang kesilapan dalam hidup baik

dalam amalan agama (ibadat) atau keduniaan (pembangunan pentadbiran dan

pembangunan negara). Secara sepadu sebagai sebahagian kesilapan amalan

agama di mana kesilapan akan diperhitung untuk menerima balasan baik atau

buruk di akhirat. Di sini keunggulan ajaran dan sistem Islam yang tidak

memisahkan atau mensekularkan aspek keduniaan dari agama anutan.

Melaluinya 7 masyarakat dan dunia Islam akan menerima pulangan dalam bentuk

6 Syakir, Mahmood (1981), Iktisadiyyat al-Alam al-Islamiy, Muassasah al-Risalah: Beirut, h.

32.

7

Di kalangan ulama Islam hampir sependapat berkesimpulan pemerintahan dan

pentadbiran negara adalah tuntutan wajib utama umat Islam berasaskan dalil berikut:

a) Ijma’ ulama semenjak era sahabat melihat bahawa Rasulullah S.A.W dalam

hidupnya adalah berasaskan dua kedudukan. Pertama sebagai membawa agama

(risalah ilahiah), kedua adalah sebagai pimpinan (Ketua Negara Islam) terawal

bagi memperlihatkan contoh pelaksanaan pemerintahan Islam berasaskan sistem

dan ajaran agama. Sebab itu apabila Rasulullah S.A.W wafat, maka bersegera

diadakan persidangan bagi pemilihan pimpinan pemerintahan menggantikan

baginda S.A.W.

b) Islam memperakui manusia sebagai makhluk social untuk berpaksi membangun

tamadun. Bagi mengelak huru hara dan kekacauan, perlu ada kepimpinan dan

sistem pemerintahan, pentadbiran dan pembangunan dalam segala sektor.

c) Pemerintahan adalah asas terlaksana kewajipan agama. Al-Imam al-Ghazali

menegaskan sistem agama melalui pengetahuan dan ibadat. Kedua-dua tidak

tercapai kecuali melalui kesihatan, kebaikan, kehidupan dan kesempurnaan

keperluan seperti kediaman dan keperluan kehidupan lain. Semua itu memerlukan

sistem negara dan ia tuntutan ajaran Islam.

d) Keberhasilan keadilan yang sempurna adalah melalui sistem pemerintahan dan

pentadbiran yang adil dan selesa, melaluinya jaminan penghayatan pemerintahan

dan pentadbiran yang adil. Melaluinya jaminan para pelaksana pemerintahan dan

pentadbiran lebih berintegriti kerana kesilapan di bawah pengawasan Allah dan

akan diadili dibalas di akhirat.

163

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!