23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

ahli politik, tokoh koperat dan para pentadbirnya yang diredhai Allah di akhirat dan

membangun serta maju di dunia. Dengannya terserlah keutamaan Islam sebenar

dari sudut praktikal untuk menjadi daya tarik mereka ke arah Islam, hingga

membukti Islam agama sejagat untuk rahmat seluruh umat manusia.

4. Kekayaan Dan Kepelbagaian Sumber Hasil

Sebagai rahmat Allah kepada umat Islam menerima dan menganut agama

Islam yang disediakan Allah telah menempatkan kepada dunia Islam dan

masyarakatnya dengan kekayaan hasil dan kepelbagaiannya yang

memperlihatkan keistimewaan dunia Islam dari sudut kepentingan ekonomi umat

Islam khasnya dan manusia sejagat umumnya. Kekayaan dan kepelbagaian

sumber ekonomi itu adalah melibatkan sektor pertanian, penternakan dan galian.

Kekayaan bahan dalam sektor itu pula menjadi faktor asas untuk

pembangunannya. Dalam sektor perdagangan pula, berasaskan kedudukan

georafinya dilaluan strategik dunia. Berikut adalah gambaran kepada kekayaan

sumber hasil utama dan kepelbagaiannya, hasil-negara-negara umat Islam.

i) Sumber Hasil Sektor Pertanian

Dunia Islam memiliki keluasan tanah yang sesuai untuk dimajukan dalam sektor

pertanian kerana ia diairi oleh laluan sumber air asli. Dari sungai-sungai utama

yang wujud di hampir seluruh dunia Islam seperti Sungai Nil, al-Neger, al-

Malawiyyah dan di benua Afrika, Sungai Eupratis dan Tigris, Sind, Ghanjus,

Serdania, Amoderia, Aedsiy, Laitani di sekitar tanah besar Asia, manakala di pulau

Indonesia dan Malaysia terdapat sungai-sungai di hampir semua pulau-pulau

utama dan seluruh wilayah Malaysia Timur dan Barat seperti Sungai barito,

Sungai Kapuas, Sungai Sarawak, Sungai Pahang, Sungai Perak, Sungai Sungai

Kelantan. Sebahagian negara Islam seperti Alam Melayu berada di kawasan

khatulistiwa sentiasa dibasahi hujan hampir setiap masa.

Hasil teknologi moden sumber air asli dari sungai-sungai utama di dunia

Islam dapat disalurkan di kawasan yang lebih luas melalui saliran buatan manusia

bagi memajukan sektor pertanian melibatkan kawasan tanah yang lebih luas.

Berasaskan sempadan dunia Islam yang luas dengan dilingkupi pelbagai

suhu udara. Beberapa negara Islam seperti kepulauan Indonesia, Malaysia dan

Selatan Sudan, umpamanya adalah berada di kawasan khatulistiwa di mana

udaranya adalah panas tetapi menerima taburan hujan yang tinggi pada

sepanjang tahun. Keadaan ini menyebabkan buminya ditumbuhi pelbagai pokok

menjadikan hutan di buminya adalah tebal dengan sebahagiannya adalah pokok

dengan kualiti kayu yang keras dan buah-buahan yang bermutu tinggi.

Sebahagian negara umat Islam lain pula berada di kedudukan udara

sederhana kering iaitu suhu udara Laut Mediterranean seperti dialami oleh negara

yang terletak di persekitaran pantai Laut Maditeranean Selatan, Timur dan Utara.

Lihat kupasan dan huraian terperinci mengenainya dalam tulisan Dr Thiyauddin al-Rais’

(1979), al-Nathariyyat al-Siasiyah al-Islamiah, Dar al-Thurath: Cairo, h. 126-142.

164

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!