23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

proses cerapan, melakukan hipotesis dan membuat keputusan. Strategi ini boleh

dilakukan melalui pembentukan dasar-dasar sosial dan pendidikan yang memberi

penekanan kepada keperluan masyarakat yang berfikiran kritis dan sainstifik. 16

Dorongan yang membina sikap ingin tahu‟ perlu diterapkan agar galakan terhadap

penyelidikan dan kajian untuk mendalami sesuatu bidang menjadi budaya dalam

masyarakat Islam. Hal ini kerana perasaan ingin tahu mempunyai kaitan dengan

budaya berfikir secara kreatif dan kritis. Pemenang Hadiah Nobel 1999, iaitu

Ahmed Zewail mungkin boleh dijadikan contoh untuk menerapkan budaya berfikir

secara saintifik dalam kehidupan. Beliau telah menanamkan perasaan ingin tahu

untuk mencari jawapan tentang bagaimana kayu boleh bertukar menjadi gas dan

cecair mudah terbakar sebagai titik awal penglibatannya dalam bidang kimia. 17

Kedua, dalam konteks pendidikan di sekolah mahupun pusat pengajian,

pengajaran Fardu Ain perlu dijadikan suatu proses yang menarik agar ia lebih

berbentuk bukan sahaja amalan bahkan juga membina pengetahuan dan

penghayatan yang mendalam. Sebagai contoh, penjelasan tentang pengharaman

arak, perbuatan zina dan pengharaman khinzir diberi penjelasan bukan sahaja

dari sudut hukum bahkan juga kebenarannya mengikut fakta sains terkini.

Keadaan ini secara tidak langsung dapat menarik minat generasi muda untuk

mendekati sains dan minat untuk mendalami kebenaran agama.

Ketiga, Islamisasi ilmu harus dilakukan dalam sistem pendidikan negara

bermula dari peringkat rendah, menengah dan peringkat pengajian tinggi.

Hubungkait agama dengan sains perlu diterapkan agar pembelajaran dan cara

berfikir sains yang mengagungkan Allah SWT dapat memberi erti kepada

pelajar. 18

Keempat, peningkatan aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R & D)

dengan kemudahan yang lengkap dan mencukupi di sekolah, universiti, akademi,

makmal, taman, laut, hutan simpan dan sebagainya. Galakan harus diberikan

kepada penyelidikan sama ada dalam bidang sains tulen mahupun sains sosial

dan teknologi.

3. Pengukuhan Ekonomi Ummah dengan Penggunaan Sistem Dinar

Isu untuk memartabatkan penggunaan mata wang dinar emas telah mula

dibincangkan secara meluas terutamanya sewaktu negara-negara Asia dilanda

krisis mata wang pada tahun 1998-2002. Penggunaan sistem mata wang dinar

juga mampu menjadi strategi untuk melenyapkan hegemoni dolar Amerika

16

Khalijah Mohd Salleh (2006), “Strategies for Developing Critical & Scientific Thinking

Amongst The Ummah” dalam Azizan Baharuddin, Science and Religion : An Islamic

Perspective, Kuala Lumpur: Center For Civilisational Dialogue, Universiti Malaya, h.11

17 Ratna Roshida Ab Razak (2009), Menjambatani Sains Islam: Satu Keperluan Kritikal

Dalam Pembentukan Tamadun Malaysia. Seminar Islam dan Sains Dalam

Pembangunan Tamadun. 26-27 Mac 2009. Auditorium Institut Pengajian Siswazah,

Universiti Malaya Kuala Lumpur. h. 9.

18

Khalijah Moh Salleh (2006), “Strategies for Developing…”

69

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!