23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Selain laut utama dan teluk-teluk utama dikuasai dan terletak di bawah

pengawalan dunia Islam, terdapat juga beberapa selat yang merupakan

laluan utama yang dikuasai sepenuhnya oleh dunia dan masyarakat Islam

antaranya ialah;

a) Selat Melaka dan Singapura

Selat Melaka dan Singapura adalah laluan penghubung antara Teluk Hindi

dengan Laut Cina Selatan. Ia merupakan selat laluan utama dunia antara

barat dan timur atau Asia Timur secara khususnya disamping ia antara

laluan ke dunia selatan seperti Australia dan New Zealand. Berasaskan ini

ia adalah antara selat laluan strategik utama dunia di mana padanya

terletak negara Islam utama seperti Indonesia dan Malaysia.

b) Selat Jabal Tarik

Selat ini dinamakan berdasarkan pimpinan tentera Islam utama yang

bertanggungjawab membuka Sepanyol dan Portugis dalam dekad sejarah

lalu. Selat ini menjadi laluan penghubung utama antara laluan Atlantik

dengan Laut Mediterranean di mana di sebelah utara barat Afrika adalah

dunia Islam. Bahkan dalam dekad sejarah lalu ketika Sepanyol sebahagian

dunia Islam bahagian Selatan Eropah juga adalah dunia Islam.

c) Selat Dardanil dan Bosfor

Selat ini menduduki penghubung kepada Laut Merah dan menjadi laluan

utama penghubung antara Laut Mediterranean dan Laut Hitam.

d) Selat Mendab dan Teluk Edan

Selat ini menjadi penghubung antara Laut Merah, Laut Arab dan Lautan

Hindi. Selat ini menjadi pintu laluan utama di mana keluasannya sekitar 33

KM sahaja.

e) Selat Hurmuz dan Teluk Amman

Selat ini merupakan penghubung utama antara Teluk Arab dan Lautan

Hindi di Asia.

f) Selat Benzart

Selat Benzart adalah penghubung utama bagi Laut Mediterranean di

sebelah barat dengan beberapa bahagian di sebelah timur.

g) Terusan Suez

Terusan Suez adalah laluan air hasil buatan manusia utama yang

merupakan laluan utama dan strategik dibina atas bumi negara Islam

160

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!