23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

dunia semasa dan mengemukakan kelebihan sistem ini kepada umum agar

masyarakat tempatan bersedia untuk menerima sistem ini. 21

Ketiga, Negara-negara Islam haruslah sepakat dan bersatu hati dalam

membangunkan kegiatan ekonomi sesama mereka dan sekaligus meningkatkan

ekonomi umat Islam. Ketidakstabilan ekonomi antara Negara-negara Islam yang

kaya dan mundur juga turut membimbangkan. Ini ditambah dengan situasi

kebanyakan Negara Islam kaya yang lebih cenderung untuk melabur dana mereka

di Negara-negara Barat. Negara-negara Islam yang mundur turut menghadapi

kesukaran menarik pelabur luar memandangkan kemudahan infrastruktur

(pendidikan, pengangkutan, sistem kewangan) yang amat terhad. Kerjasama

Negara Islam yang kaya dalam membiayai pembangunan infrastruktur dapat

membantu meningkatkan pelaburan daripada pelabur-pelabur luar.

4. Mengamalkan urus tadbir yang baik (Good Governance)

Dalam hal ini, perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, sistem

penyampaian, perkara-perkara yang berkaitan dengan proses dan prosedur

pentadbiran, kebajikan dan keadilan dalam masyarakat hendaklah diurus dengan

baik dan bersistematik. Sistem pentadbiran umat Islam perlu berlandaskan

kepada sifat amanah, rasa tanggungjawa dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Kajian perlu dilakukan terhadap bentuk sistem tadbir urus Barat dan

kesesuaiannya dengan sistem tadbir urus Islam dalam Islam. Sikap perilaku

pemimpin yang mengutamakan akhlak Islam dalam pelaksanaan tugas perlu

diutamakan. Apalah ertinya kecanggihan sains dan teknologi sekirangan

pelaksananya tidak mempunyai sikap amanah, tanggungjawab dan adil. Karenah

birokrasi hendaklah dikurangkan seminimum mungkin dan keutamaan perlulah

diberikan kepada aspek yang memudahkan urusan, kecekapan, kebajikan dan

sistem pengurusan yang telus, berintegriti dan adil. Pemimpin perlu mewujudkan

hubungan sosial yang baik dengan pelbagai lapisan masyarakat. Hubungan

kemanusiaan amat penting bagi menjamin kesejahteraan masyarakat, negara dan

ummah.

5. Menyediakan Model Pembangunan Ummah

Umat dan tamadun Islam perlu menjadi model kepada tamadun yang lain

dari perbagai aspek. Pengemblengan pakar yang dapat merumuskan satu model

yang baik sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, para sahabat dan

generasi para pengikutnya amat diperlukan . Keyakinan harus dibina untuk

membangunkan kemajuan ummah dalam segenap lapangan hidup. Model yang

dibina ini merangkumi aspek kepimpinan dan politik, pengurusan, pembangunan

ilmu dan pendidikan, pembangunan ekonomi, pembangunan kebudayaan dan

sosial, pembangunan sains dan teknologi, pembangunan ketenteraan,

pembangunan insaniah dan sahsiyah, pembangunan perhubungan antarabangsa

dan silaturrahim dan lain-lain yang memerlukan kajian yang mendalam.

21

Hilmy Bakar Almascaty (1994), Ummah Melayu Kuasa Baru Dunia Abad ke-21, Kuala

Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. hlm. 126.

71

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!