23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

hubungan interpersonal, kemahiran sosial, komunikasi, konflik dan cara

menanganinya, kepimpinan dan kelebihan menjalinkan hubungan interpersonal.

Kendiri dan Personaliti

Dalam membentuk kendiri, sikap, sahsiah dan nilai seseorang dalam

interpersonal, Imam Shafi'i menekankan betapa penting seseorang itu mempunyai

ilmu pengetahuan agar matlamat dalam hubungan antara individu terhasil dengan

berkesan. Ini kerana, apabila seseorang itu mempunyai ilmu pengetahuan yang

mendalam sudah semestinya ia akan memberi manfaat kepada orang lain. Hal ini

penting kerana orang yang berpengetahuan akan membicara atau berkomunikasi

dengan individu yang lain dalam bentuk yang baik dan tersusun. Berbeza dengan

mereka yang tidak mempunyai pengetahuan akan berbicara menurut mentalititnya

yang ada. 27

Bagi Imam Shafi'i, antara keistimewaan seseorang dalam membentuk

kendirinya adalah seseorang tahu mengenai dirinya sendiri namun ia adalah sulit

dan bersifat peribadi dan tidak diketahui oleh orang lain. Dalam hal ini, Imam

Shafi'i pernah menegaskan bahawa kemuliaan seseorang apabila dia mampu

menyembunyikan kefakirannya sehingga orang lain menyangka dirinya seorang

yang berada. Begitu juga kemuliaan seseorang apabila dia tidak menunjukkan

sifat marahnya sehingga orang lain menyangka dia merestui sesuatu perkara.

Antara ketinggian kendiri seseorang juga apabila dia mampu menyembunyikan

ekstremnya sehingga orang lain menyangka dia adalah seorang yang tenang. 28

Dalam membina personaliti yang baik dan unggul, Imam Shafi'i

menyarankan kepada manusia agar cuba mengelakkan diri daripada bergaul

dengan orang-orang bodoh dan sesetengah ilmuwan yang tidak menginsafi diri

dan tidak. Beliau meletakkan ukuran kepada kredibiliti, kepuasan dan

kepercayaan terhadap seseorang adalah dilihat kepada jumlah ramai orang yang

ingin mendampinginya atau mempunyai ramai sahabat. Bagi merealisasikan

matlamat tersebut, seseorang individu tersebut perlu berusaha bersungguhsungguh

untuk membina persahabatan antara sesama manusia dengan

meningkatkan dari sudut pengenalan dan persefahaman antara mereka. 29

Hubungan interpersonal yang dihidupkan dan disemarakkan oleh

seseorang akan membantunya mencapai tahap personaliti yang tinggi di sisi Allah

s.w.t dan mencapai beberapa keistimewaan dan keutamaan. Antaranya

sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam Shafi'i iaitu seseorang itu akan

memperoleh keredaan Allah s.w.t kerana Allah dan para malaikat amat menyukai

terhadap orang yang mewujudkan hubungan interpersonal. Di samping itu

hubungan interpersonal juga seseorang itu akan disegani dan dihormati oleh

masyarakat yang berada di sekelilingnya serta mampu menambahkan pahala

amal seseorang setelah dia meninggal dunia. Dengan hubungan interpersonal, ia

berjaya memupuk kasih sayang dan saling menggembirakan kedua belah pihak

dalam pergaulan seharian, boleh menambahkan rezeki dan dilanjutkan usia.

27 'Abd al-Rahman al-Mistawi (2005), Diwan al-Shafi'i, Beirut: Dar al-Ma'rifah, h. 129.

28 Ibid, h. 137.

29 Ibid, h. 34.

45

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!