23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2. Kedudukan Geografi Yang Strategik

Dunia Islam menikmati keutamaan yang banyak memperlihatkan ciri

kepentingan yang cukup berharga hingga dalam beberapa era sejarah menjadi

medan rebutan antara beberapa kuasa besar dunia dengan dimensi

penjajahannya. Dari sudut kedudukan geografinya yang strategik disebabkan ia

berada hampir ditengah dunia, ia mengambil perkiraan sekitar 20 KM dari Timur

ke Barat (dikira dari Aryan di Indonesia) ke Sanghal di Pantai Atlantik dan

mengambil jarak sekitar 7 ribu KM dari utara ke Selatan (dikira dari Banjaran Aral

di Utara hingga ke Mu’zambik di Selatan. Berasaskan kedudukan ini, dunia Islam

merupakan pemegang kusa laluan perairan utama dunia dari laut, teluk dan selat

disamping dunia Islam adalah pihak yang menguasai dan menyelia pintu-pintu

masuk perairan laut utama. Diantaranya ialah;

i) Laut-laut utama di bawah pengawasan dunia Islam.

Antara laut-laut utama dan pintu masuk penyeliaan dunia dan pihak

berkuasa politik dunia Islam adalah seperti berikut;

a) Laut Mediterranean

Laut Mediterranean adalah antara laut utama dunia sejak zaman klasik

hingga waktu kini. Kedudukan menjadi lebih penting setelah pembukaan

Terusan Suez yang menyambungkan Laut Mediterranean dengan Laut

Merah hingga mencetuskan peperangan tiga serangkai antara Inggeris,

Perancis dan Egypt bagi memperolehi penguasaan dan penyeliaan ke atas

terusan tersebut. Pada suatu dekad tertentu Laut Mediterranean dianggap

dan dikira sebagai Buhairah Islam ( Tasik Islam) kerana di bahagian utara

dan selatan laut itu dan pantai-pantainya adalah negara-negara Islam

termasuk di sebahagian Eropah ketika Sepanyol dan Portugis di bawah

kekuasaan Islam. Sebahagian dari pantai sebelah utaranya terletak negara

seperti Albania dan Asia kecil. Berikutan perkembangan sains dan

teknologi perhubungan udara telah menjadikan Laut Mediterranean

sebagai laluan utama dan perlu dilalui bagi hubungan udara dan laut

moden.

b) Laut Merah

Laut Merah dari awal kebangkitan Islam hingga kini merupakan laut milik

dunia Islam kerana hampir keseluruhan pantai di barat Asia dan utara

Afrika terletak dunia negara-negara umat Islam. Perkembangan menjadi

lebih penting, berikutan penyambungannya dengan Laut Mediterranean

hasil penggalian Terusan Suez. Kedudukan ini menjadikan ia

berkedudukan menjadi laluan perhubungan laut paling utama di dunia.

Laut Merah ini dari ukurannya adalah kira-kira sekitar 3384 KM panjang

dan lebarnya berasas ukuran paling luas pula adalah sekitar 240 KM

sahaja. Manakala pintu masuknya di permulaan selatan sekitar Teluk

Mendab pula jarak perairannya hanya sekitar 33 KM sahaja. Keadaan ini ia

157

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!