23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Maksudnya: Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredhai) di

sisi Allah ialah Islam, dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang

diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan

enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka

pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu

pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan

mereka. dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat

keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah amat segera hitungan

hisabNya.

Surah Ali-Imran ( 3): 19

Islam adalah agama yang diturunkan kepada para Rasul sejak Nabi Adam

A.S. hinggalah kepada Nabi Muhammad S.A.W. 9 Tidak ada agama yang benar

selain Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. Agama yang benar dan

kekal sudah tentu bercirikan dengan ciri-ciri kesempurnaan yang menyeluruh.

Sempurna dari segi nilai dan sistem yang terkandung di dalamnya dan

menyeluruh dari konteks ruang lingkupnya. Sebagai satu sistem, Islam mampu

mengatur, mentadbir hidup dan kehidupan seluruh makhluk, sama ada makluk

yang terdiri dari alam tumbuh-tumbuhan, alam haiwan dan lebih-lebih lagi yang

dikatakan alam manusia.

Islam sebagai agama atau sistem hidup yang mengatur seluruh kehidupan

alam semesta mempunyai peraturan dan pengajaran yang merupakan asas-asas,

prinsip-prinsip dan hukum hakam. Dasar-dasar ini termaktub di dalam kitab suci

al-Quran dan Sunnah Rasululllah S.A.W. Keseluruhan dasar-dasar ini merupakan

perintah-perintah, larangan-larangan, petunjuk-petunjuk untuk kesejahteraan dan

kebahagiaan kehidupan manusia dunia dan akhirat. Untuk mencapai tujuan ini,

Islam mengajarkan hal-hal yang berhubungkait dengan urusan duniawi dan juga

hal-hal yang bersangkutan dengan urusan ukhrawi.

Oleh demikian, ajaran Islam berpaksikan kepada dua bentuk hubungan 10 .

Pertama Islam mengatur hubungan dengan manusia dengan Allah S.W.T yang

merangkumi kepercayaan dan penyembahan. Dengan kata lain, Islam

mengajarkan tentang sistem Iman dan ibadat yang kedua-duanya bersifat vertikal

atau menegak. Keduanya ialah ajaran yang mengatur hubungan manusia dengan

manusia dan hubungan manusia dengan alam. Malah, menurut Muhammad Qutb,

9 Muhammad Yusuf Kurit (1980), Dirasah fi al-Nuzmu wa al-Saqafah al-Islamiyyah, t.t.p:

t.p, h. 85.

10 Ahmad Syalabi (1989), Muqaranah al-Adyan, Cet .8, Kaherah : Maktabah Najdah al-

Misriyyah, h. 262.

124

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!