23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Ibadah dalam Islam berperanan dalam mengatur hubungan individu

dengan Tuhannya disamping sebagai satu cara menampilkan ubudiyyah kepada

Allah S.W.T. secara zahir dan batin. Selain itu juga ibadah dapat merapatkan

hubungan silaturahim sesama umat Islam di seluruh dunia ini. Oleh itu ibadah

adalah hak Allah S.W.T. yang perlu dilaksanakan oleh semua hamba-hambaNYA

yang mengucapkan kalimah La Ilaha Illallah. Kesemua jenis ibadah perlu

dipelihara dan dimantapkan. Ia tidak boleh sama sekali dipandang ringan atau

dibuat sambil lewa kerana ibadah memainkan peranan dalam mempertingkat dan

memantapkan keimanan dan ketaqwaan. Umpama air atau udara bagi tumbuhtumbuhan,

haiwan dan manusia, tanpanya manusia, haiwan serta tumbuhan akan

mati. Begitu juga dengan ibadah, manusia tanpa ibadah akan mengakibatkan hati

dan jiwa mereka mati dan apabila hati dan jiwa manusia sudah mati, maka akan

rosaklah dunia ini dibinasakan oleh mereka.

Ibadah yang dilakukan dengan sempurna sebenarnya akan memberi

kesan yang sangat ketara kepada tingkah laku manusia kerana ibadah-ibadah ini

berperanan membersihkan jiwa dan menjadikan manusia lebih peka bersama

Allah S.W.T sama ada dalam keadaan bersendirian ataupun di khalayak ramai.

Ibadah-ibadah yang dituntut dalam Islam ini juga berupaya melahirkan individu

yang takutkan Allah S.W.T. Ini sekali gus menghalang mereka untuk melakukan

maksiat atau sesuatu yang memudaratkan orang lain. Malah mereka akan

sentiasa berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan. Sudah tentu masyarakat

akan bertambah harmoni apabila semakin ramai individunya yang menjadi

golongan yang baik dan takutkan Allah S.W.T.. Elemen-elemen baik di dalam

masyarakat ini akan bertambah dan elemen-elemen buruk pula akan berkurangan.

Atas dasar ini kita perlu mengakui bahawa ibadah dalam Islam mampu melahirkan

individu dan masyarakat yang baik di samping mampu membawa kebaikan

kepada individu dan masyarakat. 8

Penulisan bertajuk „Meniti Puncak Zikir‟ membicarakan bagaimana

seseorang muslim ingin mencapai zuk atau al-Garik iaitu tenggelam dan

terpesona dengan mengingati Allah S.W.T.. Terlebih dahulu sebelum kita dapat

mencapai saat al-Fanaa iaitu lenyap di dalam kekhusyukkan zikir kepada Allah

sehingga seolah-olah kita melihat Allah S.W.T. Kita perlu mendalami ilmu agama

dan ilmu ketuhanan dan menjadikannya sebagai amalan dalam kehidupan

seharian barulah kita boleh mencapai kemuncak zuk zikir ke Hadrat Ilahi. Ketika

berzikir itu juga kita perlu mengarahkan segala anggota badan luaran dan

dalaman untuk hanya mengingati Allah S.W.T. dan lupakan seketika soal dunia ini.

Maka dengan itu kita akan mendapat ketenangan yang hakiki dan akan timbul

penghayatan yang sebenar terhadap kalimah-kalimah zikir Lillahi Taala.

Penulisan lain yang mendidik masyarakat tentang kesyumulan ibadah ialah

penulisan yang bertajuk „Bersedekah Ikhlas Kerana Allah‟. Corak persembahan

artikel ini ialah penceritaan. Ia memuatkan dua buah kisah pendek berkenaan

8 Abdul Karim Zaidan (2002), Op.cit., hlm, 53.

142

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!