23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

membuka lembaran kepada Imam Shafi'i mewujudkan hubungan interpersonal

secara meluas kerana Mekkah merupakan pusat dan ejen globalisasi Islam yang

masih kekal sehingga sekarang. 5

Kehidupan susah yang dilalui oleh Imam Shafi'i telah mendidiknnya

menjadi personaliti yang unggul agar tidak mudah dipengaruhi oleh kekayaan

dunia dan kemewahannya. Ini adalah di antara faktor yang mendorong beliau

mempunyai jiwa dan hati yang ikhlas sekali gus menjadi perangsang kepadanya

untuk menghayati perasaan manusia sekelilingnya dan mengerti pelbagai perkara

yang melibatkan diri dan kehidupan mereka. Hal ini mampu melahirkan rasa

tanggungjawab sosial yang diperlukan dalam urusan masyarakat dan menjalinkan

hubungan dalam kalangan anggotanya. 6

Oleh kerana kehidupan beliau diselubungi kemiskinan, beliau tidak

menunjukkan reaksi yang kurang menyenangkan terhadap ibunya dan masyarakat

sekelilingnya dengan meminta sedekah di tepi-tepi jalan. Namun apa yang beliau

lakukan adalah mencatat hadis-hadis yang dipelajari daripada gurunya di kulit-kulit

kayu dan belulang. Walau bagaimanapun, dengan kemahiran interpersonal yang

ada padanya, beliau pergi ke pejabat-pejabat kerajaan dan meminta keizinan dari

pihak pejabat untuk memanfaatkan kembali kertas-kertas yang terpakai. Dengan

keberkatan yang diberi oleh Allah s.w.t, beliau dapat menghafal banyak daripada

hadis-hadis Rasulullah s.a.w. Hal ini menyebabkan beliau berjaya menghafal kitab

Muwatta’ karangan Imam Malik b. Anas dalam usia sepuluh tahun. 7

Antara keadaan yang menggambarkan beliau seorang yang memahami

hubungan interpersonal antara murid dan guru dari sudut pendidikan ialah sifat

jujur yang diserlahkan oleh beliau. 8 Pada umur yang masih muda, Imam Shafi'i

telah didedahkan dengan suasana kehidupan masyarakat di pendalaman. Beliau

dihantar oleh ibunya ke suatu tempat di luar Kota Mekah iaitu di perkampungan

suku Huzayl. Suku Huzayl merupakan kabilah Arab yang besar di utara

Semenanjung Arab, suku kabilah yang dinisbahkan kepada datuk mereka ialah

Huzayl b. Mudrikah b. Ilyas b. Madar. Di situ Imam Shafi'i banyak mempelajari dan

menimba ilmu dan pengalaman termasuk kemahiran yang melibatkan budaya

5 al-Baghdadi (1417H/1997M), op. cit., j.2, h. 57; Rasyad Hasan Khalil (1423H/2002M),

Tarikh al-Tasyri' al-Islami, Kaherah: Jami'ah al-Azhar, h. 296.

6 Muhammad Abu Zahrah (1987), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah, Kaherah: Dar al-Fikr

al-'Arabi, h. 439.

7 'Abd al-Rahman al-Syarqawi (1411H/1991M), op. cit., h. 131; 'Abd al-Fattah Husayni al-

Syaykh (1408H/1988M), op. cit., h. 111; , Muhammad Abu Zahrah (1987), Tarikh al-

Madhahib al-Islamiyyah, op. cit., h. 438; al-Razi (t.t), op. cit., h. 9; Rasyad Hasan Khalil

(1423H/2002M), op. cit., h. 296; ‘Abd al-Ghani al-Daqqar (t.t), al-Imam al-Syafii Faqih al-

Sunnah al-Akbar, Beirut: Dar al-Qalam, h. 5-8 dan 44.

8 Muhammad Abu Zahrah (1987M), Tarikh al-Madhahib al-Islamiyyah, op. cit., h. 455; Ibn

Khallakan, Wafayat al-A'yan, Beirut: Dar al-Thaqafah, j. 1, h. 566; Abu Zakariyya Muhy al-

Din b. Syaraf al-Nawawi, Tahzib al-Asma' wa al-Lughat, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah,

h. 50;Abu 'Abd Allah Muhammad al-Razi (t.t), Manaqib al-Imam al-Syafi'i, Kaherah:

Maktabah al-'Allamah, h. 41; 'Abd al-Qahir b. Tahir b. Muhammad al-Baghdadi (t.t), al-Farq

bayn al-Firaq, Beirut: Dar al-Ma'rifah, h. 27; Sufi Hasan Abu Talib (1410H/1990M), Tatbiq

al-Syari'ah al-Islamiyyah fi al-Bilad al-'Arabiyyah, c. 3, Kaherah: Dar al-Nahdah, h. 160;

'Abd al-Rahman al-Syarqawi (1411H/1991M), Ai'mmah al-Fiqh al-Tis'ah, Beirut: Dar al-

Syuruq, h. 123

40

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!