23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

oleh orang lain. Namun, dalam keadaan tertentu Islam membenarkan melakukan

kerosakan ke atas harta benda musuh. Kerosakan terhadap harta benda musuh

dibolehkan dengan tujuan menimbulkan kegerunan yang akan menimbulkan rasa

takut, lemah dan hina dalam jiwa mereka.

Dalam melaksanakan tuntutan jihad, tentera Islam dilarang bersikap kasar

sebaliknya memberi layanan dan perlindungan yang sewajarnya kepada pihak

musuh yang menyerah kalah. 41 Dalam masa yang sama, tentera Islam digesa

supaya berbuat baik kepada tawanan perang dan menyampaikan ajaran-ajaran

Islam supaya mereka dapat memahaminya dan tidak lagi memusuhi Islam. Selain

itu, tentera Islam dilarang menyembunyi atau mengambil harta-harta yang

dijadikan harta rampasan perang (ghulul) sehingga ia dibahagikan. 42

Jelaslah bahawa jihad bukanlah sebagaimana yang difikirkan oleh

masyarakat bukan Islam yang mengaitkannya dengan usaha berani mati dan

sebagainya. Jihad yang dikemukakan oleh Tamadun Islam mempunyai pengertian

yang amat luas dan sebagai daya ketahanan bagi memastikan kelangsungan

peradaban Islam yang kaya dengan nilai-nilai akhlak dan moral yang murni.

4. Sains dan Teknologi

Sains dan teknologi merupakan salah satu unsur pembentukan akhlak dan

moral yang terdapat dalam kursus TITAS. Sains dan teknologi yang dihasilkan

oleh sesebuah tamadun mencerminkan keperluan-keperluan dan nilai-nilai

kebudayaan tersendiri. Penemuan daripada hasil kajian sains dan perkembangan

teknologi telah banyak membantu manusia melakukan pelbagai aktiviti yang

berfaedah untuk kemajuan negara dan masyarakat.

Tamadun Islam memainkan peranan penting memperkenalkan sains dan

teknologinya melalui kemunculan tokoh-tokon ilmuan Islam dalam pelbagai

bidang. Tamadun Islam cukup terkehadapan dalam tamadun ilmuan, kebendaan

dan kemanusiaan. Hal ini berdasarkan kepada ayat-ayat Al-Quran menyeru

supaya manusia mengkaji dan meneliti fenomena alam untuk memahami dan

mendalami ilmu pengetahuan agar dapat membina suatu tamadun yang

sempurna. 43 Sains dan teknologi Islam adalah berdasarkan kepada kewujudan

Allah dan juga menunjukkan terdapatnya pertalian antara semua yang wujud.

Islam tidak terbatas kepada hubungan manusia dengan Tuhan, bahkan

merangkumi semua aspek kehidupan.

Sumbangan tamadun Islam dalam bidang sains dan teknologi mampu

mencetuskan idea baru di kalangan pelajar untuk melakukan inovasi terkini demi

kemajuan negara. Antara bidang yang menjadikan Islam pemangkin kepada

41 Al-Taubah: 6.

42 Ali-Imran: 161.

43 Sila rujuk maksud surah Luqman: 20.

87

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!