23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Merekonstruksi Tamadun Islam Sebagai Tamadun Dunia Masa Hadapan:

Cabaran Dan Strategi Pembinaan Tamadun Ummah

Pengenalan

Mashitah Sulaiman *

Marina Munira Abdul Mutalib **

Abstrak

Tamadun Islam pernah berada di puncak keagungannya dan

menjadi tamadun global pada suatu ketika. Setelah kejatuhan

empayar Turki Uthmaniyah, masyarakat Islam mendapati diri

mereka sukar untuk bangkit lantaran penjajahan demi penjajahan

dan perpecahan wilayah-wilayah empayar Islam yang diasingkan

mengikut ketuanan penjajah. Walaupun kini negara-negara umat

Islam telah lama bebas dari cengkaman pihak kolonial, namun

keadaan mereka masih tidak banyak berubah, berbanding

masyarakat daripada tamadun lain. Kelesuan umat ini perlu

ditangani segera agar ia tidak menjadi fitnah kepada kesucian

Islam yang menjadi teras pembinaan peradaban umat Islam.

Kertas kerja ini mengupas isu-isu dan kemelut yang mengekang

kemajuan masyarakat Islam hingga menjadi hambatan kepada

mereka untuk bangkit bagi membina peradaban ummah yang

unggul. Lantaran itu, strategi dan usaha bersepadu perlu

dilakukan bagi menilai tahap pencapaian dan punca masalah

yang membelenggu umat Islam dunia amnya dan di Malaysia

khususnya serta mencari penyelesaiannya agar penantian Islam

sebagai tamadun unggul masa hadapan menjadi realiti.

Kata kunci: membangunkan semula, Tamadun Islam, cabaran,

strategi.

Keagungan Tamadun Islam silam pada zaman Rasulullah, para sahabat, semasa

zaman pemerintahan Islam di Baghdad dan Andalusia sering kali dijadikan contoh

tentang kesyumulan Islam dan kecemerlangan umatnya. Kecemerlangan

Tamadun Islam adalah disumbangkan oleh ajaran Islam yang berpaksikan tauhid

dan melihat segenap cakupan kehidupan manusia dalam worldview yang

menyeluruh. Pandangan semesta Islami (Islamic Worldview) melihat segala

bentuk pembangunan dan hubungan manusia sama ada dengan alam atau

sesama manusia kesemuanya mempunyai pertanggungjawaban kepada dan

hubungannya dengan Allah S.W.T yang Maha Esa. Namun begitu, pada hari ini

umat Islam hanya boleh berbangga dengan nostalgia sejarah silamnya, lantaran

kemerosotan pembangunan di sebahagian besar dunia Islam. Pencapaian

* Pensyarah di Pusat Pengajian Teras Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti

Sains Islam Malaysia.

** Pensyarah di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia.

57

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!