23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

menghasilkan pelbagai penemuan dan dapatan sehingga dalam masa yang sama

juga mengakibatkan „agama‟ terpaksa melalui bedah siasat (post-mortem) yang

berkali-kali.

Namun begitu, biarpun terdapatnya perbezaan yang sangat merunsingkan

ini, agama tetap dianuti oleh ramai manusia sejak daripada manusia awal

sehinggalah ke hari ini. Malahan, terdapat sesetengah pendapat mengatakan

bahawa para ateis yang tidak beragama pun diklasifikasikan sebagai mereka yang

menganut fahaman dan kepercayaan „tidak beragama‟ (atheisme).

Secara literalnya, Kamus Dewan Edisi Ketiga memberikan dua definisi

agama iaitu: pertama, kepercayaan pada Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan

Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintahNya iaitu kepercayaan pada yang

Maha Kuasa. Definisi keduanya pula ialah kepercayaan pada sesuatu dewa dan

lain-lain (yang dipuja dan sebagainya yang dianggap sebagai sesuatu yang amat

berkuasa) 7 . Menurut penelitian Dr. Haji Orang Kaya Rahmat, perkataan agama

yang digunakan dalam Bahasa Malaysia pada hari ini adalah secara etimologinya

berasal daripada Bahasa Sanskrit yang bermaksud keadaan yang teratur, kerana

asalnya perkataan ini membawa maksud daripada gabungan dua kalimah yakni

„a,‟ iaitu „tidak‟ dan „gama,‟ iaitu kacau 8 . Oleh itu, a-gama atau „tidak kacau‟ di sini,

membawa maksud bahawa agama mengatur kehidupan manusia dan

menyusunnya agar sentiasa aman dan harmoni.

Bagaimanakah daripada sebuah kepercayaan yang berada di lubuk hati

dan benak minda seseorang boleh memberi kesan kepada keteraturan kehidupan

seseorang seperti yang didasari dalam maksud etimologi „a-gama‟ tadi Ini

berlaku kerana manusia itu sendiri terdiri daripada pelbagai unsur yang sangat

berkait rapat dan menyempurnakan antara satu dengan yang lainnya. Walhasil,

kepercayaan yang terbuku dalam sanubari seseorang akan terserlah warnawarninya

(kepercayaan tersebut) daripada refleksi yang dipaparkan melalui

pergerakan, percakapan, tingkahlaku dan lain-lain aktiviti fizikal.

Dalam alam Melayu, konsep Din juga diperkenalkan sebagai ganti

perkataan agama. Din ialah agama dengan erti dan maksud yang sangat

mendalam. Din asalnya adalah perkataan Arab dan digunakan secara umum oleh

masyarakat Melayu sebagai fahaman yang sebenar tentang agama. Dalam hal ini,

maksud Din sangat berkait rapat dengan konsep yang dibawa oleh Islam tentang

agama. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas telah menjelaskan maksud Din ini

dengan keterikatannya kepada dunia Islam dalam bukunya: Prolegomena to the

Metaphysics of Islam. 9

7 Kamus Dewan (2002), Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

„agama.‟

8 H.O.K. Rahmat (1984), Dari Adam Sampai Muhammad, Kota Bharu Kelantan:

Pustaka Press Sdn. Bhd, h. 66.

9 Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1995), Prolegomena to the Metaphysics of Islam,

Kuala Lumpur:ISTAC,h. 41-90. Dalam Risalah Untuk kaum Muslimin, beliau juga

menjelaskan pemahaman kebudayaan Barat terhadap agama. Menurut Dr. Syed

Muhammad Naquib Al-Attas, kebudayaan

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!