23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

melonjakan tahap sosioekonomi umat sejagat. Sudah sampai masanya umat

Islam kembali kepada acuan sendiri biarpun terpaksa berdepan dengan

globalisasi acuan sekularisme dan kapitalisme dan tidak mustahil bila umat Islam

berbuat demikian, umat yang diamanahkan sebagai khalifah Allah S.W.T. di dunia

ini nanti akan mengacu dan memandu globalisasi. Artikel ini membincangkan isuisu

yang berkaitan dengan wakaf seperti Seminar Awqaf Antarabangsa 2008 yang

diadakan di Persada Johor pada bulan Ogos 2008. Yang mana seminar ini dihadiri

oleh pelbagai bangsa dari pelbagai negara seperti Melayu, Cina, Turki, Benggali,

Arab dan sebagainya. Seminar ini dilihat merupakan salah satu usaha serius

untuk meningkatkan imej wakaf yang bersifat sejagat. Penulisan ini juga banyak

menceritakan tentang usaha dan kejayaan Johor Corporation (Jcorp) yang

mengamalkan wakaf dalam sistem pengurusan mereka sehingga salah seorang

pembentang kertas kerja, Prof. Murad Cizakca secara jujur menyifatkan

pengurusan wakaf oleh Jcorp sebagai yang tercanggih dalam amalan kewangan

Islam masa kini hasil daripada analisis sistem model wakaf seluruh dunia. Jcorp

masa ini begitu unggul dengan projek wakaf kesihatan yang membabitkan

rangkaian hospital dan klinik wakaf An-Nur di seluruh negara. Selain itu artikel ini

tidak terlepas pandang dalam membincangkan tentang tujuan-tujuan yang sangat

bermanfaat dalam pembangunan pendidikan, perlaksanaan aktiviti-aktiviti dakwah,

pengangkutan awam dan banyak lagi.

Sebenarnya wakaf tunai sudah pun diiktiraf oleh Kerajaan Uthmaniah,

Turki sejak abad ke-15 dengan tujuan pembangunan empayar Uthmaniah yang

meliputi Baitul Maqdis. Dan pada akhir abad ke -16, ia telah diamalkan secara

meluas di Wilayah Anatolia dan Rumeli. 19 Pendapat Datuk Seri Najib Tun Razak

ada disertakan bahawa sewaktu beliau merasmikan „Wakaf Al-Quran Dan Salam

Ramadhan‟ pada Ogos lalu yakin dan percaya bahawa wakaf dapat menjana

ekonomi negara selain daripada memenuhi tanggungjawab sosial. Penulisan

artikel ini juga membuat kesimpulan bahawa sesungguhnya wakaf telah terbukti

efisien dalam meningkatkan tahap sosioekonomi umat Islam sejagat.

Selain itu, artikel yang bertajuk „Pembentukan Rangkaian Dagang

Strategik Islam‟ juga merupakan salah satu penulisan yang membincangkan

tentang isu ekonomi Islam. Penulisan dalam artikel ini lebih bersifat memprovok

kesedaran di kalangan umat Islam khususnya anggota pertubuhan persidangan

Islam (OIC) tentang kepentingan pembangunan ekonomi di kalangan umat Islam

dan kekuatan ekonomi umat Islam yang sebenarnya wujud tetapi tidak dimonopoli

dengan baik oleh umatnya. Provokasi yang dilakukan adalah dengan menyatakan

tentang peranan yang OIC perlu mainkan dalam mengatur satu bentuk strategi

demi meningkatkan sosioekonomi umat Islam sedunia yang mana masih ramai

19 Majalah Milenia Muslim, November 2008, Thn 7, Bil 75. Dalam artikel Memartabatkan

Sosioekonomi Umat Sejagat Menerusi Sistem Wakaf. Kuala Lumpur: Penerbit MMP

Communications Sdn Bhd. hlm, 50.

151

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!