23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Dunia Islam Dengan Kedudukan Geografinya Yang Strategik

Serta Kepelbagaian Sumber Hasilnya: Analisa Tuntutan

Kesatuan Dan Kerjasama Yang Lebih Sempurna

Ahmad Zaki Ibrahim @ Berahim *

Abstrak

Dunia dan umat Islam dilihat dari sudut kedudukan geografinya,

yang sebahagian besar berada pada kawasan laluan utama dunia

dan kaya pula dengan kepelbagaian sumber ekonomi yang menjadi

keperluan asas dunia meliputi hasil-hasil pertanian dan galian yang

boleh menjadi faktor penting untuk kemajuan dan pembangunan

dalam sektor perdagangan. Dari sudut tenaga manusia pula,

catatan terkini memperlihatkan umat Islam kini telah menjangkau

jumlah sebanyak 1.57 billion dengan nisbah satu kepada empat

orang penduduk dunia. Berasaskan kedudukan ini, agama Islam

telah bergerak untuk berada sebagai agama kedua terbesar di

dunia selepas Kristian yang dicatatkan mempunyai 2.1 billion

penganut. Dilihat dari sudut taburan pula kelihatan penganut Islam

di beberapa negara dimana kedudukannya adalah minoriti, namun

jumlahnya adalah lebih besar berbanding beberapa negara Islam

lain dimana penganutnya adalah majoriti. Sebagai contoh penganut

Islam di Cina adalah lebih besar dari penduduk Islam di Syria.

Keadaan ini memperlihat potensi besar dunia dan umat Islam. Jika

tahap kesatuan dan kerjasama antara negara-negara dan umat

Islam dapat dipertingkatkan kepada kualiti yang lebih baik dan

sempurna. Kertas ini cuba dikemukakan untuk diperincikan bagi

tujuan menimbulkan kesedaran dunia dan umat Islam kearah

memperbaiki kerjasama bagi kebaikan bersama dan pembangunan

baru dunia dan umat Islam.

Kata kunci: Kesatuan dan kerjasama asas kekuatan umat Islam.

1. Pendahuluan

Allah mempersembahkan kepada umat manusia risalahnya yang terakhir. 1 Bagi

maksud itu maka dipilih perutusanNya yang terakhir Nabi Muhammad S.A.W yang

* Dr. Ahmad Zaki Ibrahim @ Berahim adalah pensyarah dan Prof. Madya di Jabatan Sejarah

Dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

1

Allah dalam perutusan Rasul-rasulNya memperhitungkan pencapaian Sains dan

teknologi yang menguasai umat manusia. Ketika teknologi umat manusia dalam sektor

perhubungan memperlihatkan manusia yang hidup dibahagian geografi tertentu masih

sukar berhubung antara satu sama lain telah menyebabkan Allah mengutuskan Rasul di

kalangan umat manusia dengan membawa risalahNya yang bersifat khas untuk komuniti

tertentu sahaja. Ketika Sains dan teknologi perhubungan di kalangan umat manusia telah

sedikit maju, di mana komuniti manusia yang hidup di bahagian geografi yang terpisah

155

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!