23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Jihad merupakan antara kalimah yang banyak disebut dalam al-Quran 36

dan Hadis 37 . Kebanyakan ayat-ayat berkaitan jihad dihubungkan dengan jihad

pada jalan Allah S.W.T dengan al-mal (harta benda) atau al-nafs (jiwa raga

manusia). Menurut Nik Yusri jihad merangkumi segala aktiviti, perbuatan dan

usaha yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.S.W.T. 38

Jihad juga memerlukan pengorbanan tenaga, pemikiran dan segala keupayaan

untuk menegakkan kebenaran Islam. 39 Boleh dikatakan bahawa jihad

merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti jihad ilmu, jihad

mempertahankan kesucian Islam, jihad ekonomi, jihad politik dan sebagainya.

Antara isu jihad dalam kursus TITAS yang mengandungi unsur-unsur

penerapan nilai akhlak dan moral ialah jihad yang hendak dilakukan haruslah

mempunyai tujuan atau niat untuk mendapatkan keredhaan dan rahmat daripada

Allah S.W.T. Peperangan bagi seorang mujahid bukanlah bertujuan untuk

membalas dendam, menunjukkan keangkuhan serta kekuatan bermain senjata,

sebaliknya merupakan suatu ibadah atau kewajipan bagi mempertahankan diri,

agama dan negara.

Pelaksanaan jihad juga dilakukan dengan mengutamakan nyawa dan

keselamatan manusia tanpa memerangi orang awam. 40 Islam melarang

melakukan pencerobohan dan memulakan perang sesuka hati. Jihad peperangan

dibenarkan bagi mempertahankan diri, agama dan negara jika peperangan itu

dimulai oleh pihak musuh. Islam juga tidak sesekali membenarkan memerangi

orang awam dari pihak musuh yang tidak ikut berperang seperti kanak-kanak dan

kaum wanita. Tentera Islam dilarang menghina dan mengaibkan mayat musuh

yang terbunuh. Ini menunjukkan nilai akhlak dan moral dalam jihad yang memberi

penghormatan kepada manusia sama ada masih hidup atau yang telah meninggal

dunia.

Selain itu, tentera Islam dilarang melakukan sebarang kerosakan ke atas

harta benda seperti tumbuh-tumbuhan, harta benda dan sebagainya. Harta benda

yang dimiliki manusia merupakan milik dan hak individu yang tidak boleh diganggu

36 Al Baqarah : 218; Ali Imran :145, 157, 200; An Nisaa‟ : 74,76,77,84,95,104; Al Maidah :

35; Al Anfaal : 60,65; At Taubah : 111,120; Al Hujurat : 15; Ash Shaff :4, 11; At Tahrim: 9;

Al Baqarah:258; Al Mukmin : 28-44.

37 Hadis yang diriwayatkan dari Zaid bin Khalid Al-Juhani r.a. dia telah berkata: Rasulullah

S.A.W telah bersabda: “Barangsiapa membantu menyiapkan perang pada jalan Allah

S.A.W maka dia sudah ikut perang dan barangsiapa menjaga keluarga yang

ditinggalkannya dengan baik maka dia sudah ikut perang.” Kh. Ahmad Mudjab Mahalli &

H.Ahmad Rodli Hasbullah (2004), Hadis-Hadis Muttafaq ‘Alaih: Bahagian Munakahat dan

Mu’amalat, Edisi 1,Cet.1, Jakarta: Prenada Media. h.277-278.

38 Nik Yusri Musa (2006), “Isu Jihad dan Keganasan” dalam Zulkifli Mohamad, Nasruddin

Yunos & Mohamad Sabri Haron (penyunting), Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Bangi:

Pusat Pengajian Umum, UKM. h.117.

39 Osman Bakar, Azizan Baharuddin & Zaid Ahmad (eds.) (2009), Modul Pengajian

Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. h.58.

40 Al-Baqarah: 190-192.

86

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!