23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

menggunakan metode ini iaitu dengan mengetahui lima aspek agama dan

kemudiannya membandingkannya dengan aspek yang sama dalam agama yang

lain. Lima aspek tersebut ialah; 1) Tuhan atau tuhan-tuhan yang disembah dalam

setiap agama; 2) Kitab dalam agama yang merupakan asas perundangan yang

dipraktikkan; 3) Nabi atau orang yang mengaku membawa misi agama; 4) Bentuk

dan penampilan mereka yang membawa misi agama sama ada manusia biasa,

putera raja, ahli sains, ahli falsafah dan lain-lain; dan 5) Pengikut yang baik yang

dilatih dalam agama tersebut. 25

b. Faktor Perubahan dan Pembangunan Masyarakat

Shari„ati menegaskan bahawa Islam adalah agama yang menitik-beratkan

kemanusiaan iaitu individu dan masyarakat. Beliau cuba mengumpul jenis

sosiologi agama atas asas Islam menggunakan terminologi yang dirujuk dan

diambil daripada al-Qur‟an. Hasil daripada kajiannya terhadap Islam dan al-

Qur‟an, beliau menemui cadangan saintifik bagi sejarah dan sosiologi yang

digambarkan dari kebiasaan Nabi Muhammad. Al-Qur‟an dan Islam memberi

beliau idea tentang tema baru yang berkaitan dengan sejarah, sosiologi dan sains

kemanusiaan.

Beliau mendapati masalah penting dalam sains kemanusiaan yang tidak

diberi perhatian oleh sains seperti penghijrahan. Hijrah merupakan prinsip falsafah

dan sosial yang dalam. Menurutnya hijrah merupakan faktor yang mempengaruhi

sejarah keseluruhannya. Semua tamadun dunia dari yang tertua iaitu Sumeria dan

yang terbaru iaitu Amerika diasaskan melalui hijrah. Ini bermakna seseorang yang

tertawan oleh lingkungan tempat tinggalnya, menjadi terpenjara, statik serta tidak

boleh berkembang dan berubah. Hijrah iaitu putusnya keterikatan masyarakat

terhadap tanahnya boleh mengubah pandangan manusia terhadap alam dan

mengubahnya menjadi pandangan yang luas dan menyeluruh. 26 Dengan demikian

hijrah itu sendiri adalah gerakan dan loncatan besar manusia dalam

pembangunan peradaban mereka.

Di samping faktor hijrah, terdapat beberapa faktor yang membawa

perubahan dan pembangunan dalam sesebuah masyarakat yang disebut oleh

Shari„ati iaitu personaliti, tradisi dan massa. 27 Personaliti merujuk kepada

pemimpin dalam Islam; tradisi merujuk kepada agama Islam dan sumbernya iaitu

al-Qur„an; dan massa merujuk kepada masyarakat.

Sebagai pemimpin dalam Islam, personaliti yang paling hebat ialah Nabi

Muhammad s.a.w. Menurut Shariati, jika Islam percaya dengan peranan pesonaliti

hebat sebagai faktor asas perubahan masyarakat dan sejarah, ia akan

menganggap Nabi Muhammad s.a.w. sebagai faktor perubahan. Namun misi

25 Ali Shariati, An Approach To The Understanding of Islam, Part 2 (The Second Night‟s

Lecture), http://www.shariati.com/lesson2.html, h.1.

26 Ali Syari‟ati (1996), Rasulullah s.a.w. Sejak Hijrah Hingga Wafat: Tinjauan Kritis Sejarah

Nabi Periode Madinah. Diterjemah dari buku aslinya; Muhammad s.a.w. Khatim An-

Nabiyyin Min Al-Hijrah Hatta Al-Wafat oleh Afif Muhammad dan disunting oleh Achmad

Hadi. Bandung: Pustaka Hidayah, h.13-15.

27 Ali Shariati (1979), op.cit., h. 5-6.

102

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!