23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

mengambil kisah soal kebersihan alam sekitar. Mungkin kita beranggapan tandas

awam itu bukan milik kita, taman itu bukan milik kita, dan harta benda awam yang

lain tu juga bukan milik kita, itu semua milik kerajaan. Tapi hakikat sebenarnya kita

adalah sebahagian daripada kerajaan. Nak diharapkan pada pekerja bandaran

sahaja mana mungkin, kerana pekerja bandaran tidak seramai rakyat Malaysia.

jadi kesedaran dalam diri setiap individu yang menjadi penghuni malaysia harus

bersama-sama bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

Barulah bandaraya sekeliling kita menjadi bersih tanpa sampah atau bau yang

tidak menyenangkan. Sama-samalah kita fikirkan kenapa negara lain seperti

Singapura mampu menjadi sebuah negara yang bersih. Ini kerana rakyatnya yang

berdisiplin dan mempunyai kesedaran walaupun mungkin kita menyatakan negara

Singarapura merupakan negara denda tapi dari situlah bermulanya pendisiplinan

rakyatnya.

Isu-Isu Dakwah Dari Sudut Ekonomi

Suatu hakikat yang tidak dapat tidak manusia akan lakukan ialah mereka

akan berusaha sedaya mungkin untuk memenuhi tuntutan hidup mereka seperti

makanan, pakaian, tempat tinggal dan sebagainya sama ada ia dianggap perlu

ataupun tidak. Sudah tentu segala usaha gigih yang dilakukan oleh setiap anggota

masyarakat ini juga perlu bagi memenuhi keperluan hidup orang lain kerana

manusia tidak dapat memenuhi segala keperluan hidupnya sendiri. Segala aktiviti

manusia dalam soal ini dan segala hal yang berhubung kait dengan aktiviti ini

dinamakan sebagai aktiviti ekonomi. Oleh kerana manusia hidup di dalam suatu

komuniti, ini bermakna mereka tidak akan memperolehi kebebasan mutlak untuk

melakukan apa sahaja menurut kehendak mereka termasuklah aktiviti ekonomi.

Aktiviti ini perlu diselaraskan supaya dapat diterima oleh semua anggota

masyarakat dan dapat mendatangkan kebaikan kepada semua. Segala dasar dan

peraturan yang mengatur aktiviti ekonomi individu sesebuah masyarakat akan

seterusnya membentuk sistem ekonomi masyarakat tersebut. sistem ini walau apa

pun bentuknya mesti berlandaskan kepada suatu asas atau konsep dengan ciriciri

tersendiri yang selari dengan dasar dan peraturan serta asas tadi. Oleh

kerana salah satu ciri Islam ialah syumul, ini bermakna Islam sudah tentu

mempunyai sistem tersendiri yang mengatur aktiviti ekonomi manusia dengan

meletakkan dasar dan peraturan tertentu yang bertepatan dengan konsep Islam.

Segala dasar dan peraturan serta segala asas inilah yang membentuk sistem

ekonomi Islam.

Dalam usaha mempromosikan dan menyebarluaskan sistem ekonomi

berlandaskan Islam ini, Majalah Milenia Muslim pastinya tidak mahu ketinggalan

juga dalam menyumbang usaha ke arah itu. Antara artikelnya ialah

„Memartabatkan Tahap Sosioekonomi Umat Sejagat Menerusi Sistem Wakaf‟.

Maha suci Allah S.W.T yang mensyariatkan wakaf . Wakaf merupakan perkataan

dari Bahasa Arab. Kata jamaknya ialah awqaf. Sistem dan instrumen wakaf terus

dijamin Allah S.W.T. akan keberkesanannya untuk kebaikan umat sejak zaman

Rasulullah s.a.w. sehingga ke hari kiamat. Wakaf diramalkan dan pernah mampu

150

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!