23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kemajuan dan kemunduran sesebuah masyarakat turut bergantung

kepada peribadi dan tingkah laku individu dalam masyarakat tersebut. Pengabaian

terhadap pendidikan akhlak dan moral merupakan faktor yang menyumbang

kepada berleluasanya permasalahan sosial di kalangan masyarakat masa kini.

Dewasa ini pelbagai kejadian berlaku ekoran kelunturan akhlak, moral dan nilainilai

kemanusiaan terutama di kalangan golongan yang berpendidikan. Isu seperti

pelajar terlibat dalam gejala-gejala sosial sudah tidak asing lagi di negara kita.

Keadaan ini jika dibiarkan akan mendatangkan kesan negatif terhadap

perkembangan negara dan tamadun manusia.

Justeru, langkah kerajaan memperkenalkan kursus ketamadunan di

institusi pengajian tinggi awam (IPTA) merupakan suatu tindakan yang tepat untuk

mengisi ruang keintelektualan pelajar dengan elemen kerohanian. Nilai-nilai

ketamadunan yang diterapkan secara langsung dalam pengajian kursus TITAS

mampu mendidik akhlak dan moral pelajar. Pemantapan akhlak dan moral yang

sempurna dapat melahirkan pelajar yang mampu mencetuskan kesejahteraan

insan dalam sesebuah masyarakat serta menjadi agen kelangsungan

perkembangan sesebuah tamadun.

Definisi Akhlak dan Moral

Perkataan akhlak adalah berasal dari bahasa Arab iaitu khuluq, yang

bererti budi pekerti, perangai, tingkah laku (tabiat) dan adat kebiasaan. 1

Sementara Mohd Nasir Ripin dan Zulkiflee Haron mendefinisikan akhlak sebagai

tabiat atau maruah, iaitu: “Akhlak bererti tabiat atau maruah, sering disebut juga

sebagai moral dan etika. Ia merupakan sains yang mengkaji keadaan dalaman

seseorang yang menjadi pendorong untuk melahirkan tingkah laku luaran.

Ringkasnya, akhlak ialah gambaran batin atau keimanan seseorang”. 2

Menurut kitab terjemahan Mu’jam al-Wasit, akhlak ialah sifat yang tertanam

dalam jiwa manusia, dan dengannya lahir pelbagai perbuatan baik atau buruk

tanpa hajat kepada pertimbangan terlebih dahulu. 3 Akhlak turut didefinisikan

sebagai adat kebiasaan, perangai, tabiat, maruah atau kehormatan dan juga

agama. Ia juga merupakan suatu sifat atau perbuatan yang terbit dari jiwa dengan

mudah tanpa memerlukan pandangan. 4

Takrifan ini turut diakui oleh al-Ghazali yang cenderung melihat akhlak

sebagai ethics of the soul. Menurut belaiu lagi akhlak adalah sifat yang melekat

dalam jiwa seseorang yang menjadikan ia dengan mudah tanpa banyak

1 Aydin, Mehmet (1992), Islamic Ethics dalam Lawrence C. Becker & Charlotte B. Becker

(eds.). Encyclopedia of Ethics, vol. 1. New York: Garland Publishing Inc. h.631; Noresah

bt. Baharom (Hajah) (ed.) (2005), Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka. h.25.

2 Mohd Nasir Ripin & Zulkiflee Haron (2005), Konsep Tamadun Islam, dalam Tamadun

Islam dan Tamadun Asia. Skudai, Johor: Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

Universiti Teknologi Malaysia. h.49.

3 Ibrahim Mustafa (t.t), al-Mu’jam al-Wasit. Turki: Maktabah al-Islamiyyah Istanbul, h.202.

4 Jamil Saliba (1982), Mu’jam al-Falsafi. Juz.4. Beirut: Dar al-Kuttab, h.202.

76

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!