23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Kesimpulan

Pembentukan akhlak dan moral pelajar merupakan suatu tanggungjawab

yang perlu dipikul oleh setiap individu. Peningkatan potensi intelektual, rohani dan

jasmani pelajar perlu dibangunkan secara seimbang supaya ia menjadi benteng

kukuh dalam mendepani arus semasa yang mencabar. Ini kerana pemantapan

akhlak dan moral yang sempurna mempunyai pengaruh dan kesan besar terhadap

pembentukan peribadi pelajar yang bakal memimpin negara. Selain itu, ia

memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi dan sahsiah serta

sebagai pengukur pengukur utama dalam menilai kebaikan dan ketinggian budi

individu.

Namun, semua ini akan dapat terlaksana melalui kefahaman, penghayatan

dan pelaksanaan dalam meningkatkan pembangunan akhlak dan moral pelajar.

Langkah IPTA memperkenalkan kursus TITAS merupakan sumbangan yang tidak

ternilai terhadap pembinaan tamadun Malaysia dalam memastikan nilai-nilai

ketamadunan dapat diterapkan bagi membentuk jati diri, akhlak dan moral pelajar.

Pendedahan mengenai pelbagai tamadun memberikan pengetahuan yang amat

berguna kepada para pelajar. Sekurang-kurangnya kursus TITAS dapat bertindak

bagi membendung penularan gejala-gejala negatif di kalangan pelajar yang

mampu memusnahkan tamadun manusia.

Selain itu, kursus TITAS mengundang kesedaran di kalangan pelajar

mengenai nilai-nilai sejagat yang berjaya menyatukan pelajar yang berlatar

belakang budaya yang berbeza. Kesedaran yang mendalam mengenai nilai-nilai

sejagat membantu memupuk kesefahaman dalam sesebuah masyarakat.

Kesedaran ini mempunyai nilai pendidikan yang tinggi dalam membentuk akhlak

dan moral kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, agama, bahasa,

dan budaya.

Bibliografi

Al-Quran al Karim

A.Mahadeva Sastri (1988), The Vedic Law of Marriage. Madras: Asian Educational

Services.

Abdul Latif Samian dan Mohamad Sabri Haron (2000), “Pengajian Umum di Alaf

Baru” dalam Wan Kamal Mujani, Tamadun Islam Dalam Pendidikan

Liberal: Pendekatan Yang Sewajarnya Pada Alaf Baru, Cet. 1. Bangi:

Pusat Pengajian Umum UKM.

Abdul Wahid Jais & Faezah Kassim (2006), “Interaksi antara Tamadun” dalam

Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, Siri Teks Pengajian Tinggi. Kuala

Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

89

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!