23.01.2015 Views

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

wocihac2011_human_development

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ialah penulisan melalui media cetak iaitu majalah sebagai medan wacana ilmiah

bagi membincangkan persoalan-persoalan tersebut. Majalah memainkan peranan

penting dalam menanjak keintelektualan serta ketaqwaan umat Islam dalam era

globalisasi kini. Ia telah menjadi satu mekanisma penting untuk mengungkapkan

pelbagai isu yang bersangkut paut dengan manusia, masyarakat, agama dan

negara. Pada masa kini majalah berhadapan dengan tugas yang sangat berat

untuk mendidik masyarakat dalam menghayati hakikat Islam yang sebenar

khususnya majalah yang memegang konsep Islam sebagai tema majalah.

Dengan menyedari hakikat yang demikian, maka releven dinyatakan dan

dibahaskan fungsi serta kepentingan majalah dalam mendidik masyarakat,

meneguhkan jati diri dan meningkatkan tahap integriti manusia sebagai umat

Islam di samping membuka minda masyarakat supaya menjadi umat yang intelek

dan memahat paku taqwa yang kukuh dalam diri setiap individu muslim.

Pengenalan Majalah Milenia Muslim

Majalah milenia muslim merupakan sebuah majalah Islam yang diterbitkan

oleh Syarikat MMP Communications iaitu syarikat yang sama menerbitkan

majalah Anis, Asuh dan Forward. Majalah Milenia Muslim bukanlah sebuah

majalah yang sudah lama bertapak dalam industri media cetak tanah air, namun ia

jua bukan sebuah malajah baru, namanya kini sudah semakin dikenali ramai dan

mendapat sambutan yang menggalakan daripada masyarakat yang semakin celik

ilmu.

Majalah Milenia Muslim membawa objektif tertentu yang sangat luas

dimensi dakwah yang cuba dilontarkan kepada masyarakat pelbagai sasaran.

Antara objektifnya ialah :

a. Menjadi salah satu medium untuk membawa masyarakat mendekati Allah

S.W.T.

b. Merapatkan hubungan sesama manusia dan mengeratkan ukhwah antara

umat Islam dengan perkongsian ilmu.

c. Memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada masyarakat tentang

syumul dan fleksibelnya Islam sebagai satu-satunya agama yang akan

membawa kesejahteraan di hidup di dunia dan di akhirat kelak.

d. Memperkasakan penggunaan dan kefahaman ayat suci al-Quran dan al-

Hadith dalam kehidupan seharian.

Berpaksikan misi “Merapatkan hubungan sesama manusia dan

merapatkan hubungan manusia dengan Pencipta melalui perkongsian ilmu” serta

bervisikan “ Memberi sumbangan kepada manusia dengan ilmu pengetahuan

berlandaskan Islam yang menepati keperluan kehidupan manusia dunia dan

akhirat”. Malah diperkukuhkan pula dengan motto “ Berprinsipkan al-Quran dan

as-Sunnah”. Majalah milenia muslim ini dilihat mempunyai identiti yang tersendiri

yang membezakannya dengan majalah yang lain malah turut menjadikannya

137

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!