13.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN DAN PERUSAHAAN TERNAKPENGURUSAN PROJEK LEMBU TENUSU28. LATAR BELAKANG28.1 Jabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak (Jabatan) mulamelaksanakan Projek Lembu Tenusu sejak tahun 1980 dengan tujuan untuk mewujudkanindustri tenusu yang berdaya maju dan memperbaiki taraf hidup penduduk luar bandar.Selaras dengan Dasar Pertanian Negeri Sabah Ke-2, Jabatan mempunyai peranan dantanggungjawab untuk meningkatkan tahap pengeluaran makanan domestik agar dapatmengurangkan import bahan makanan. Negeri Sabah mengimport bahan makananbernilai RM1.3 bilion setahun. Sebanyak 62% daripada jumlah itu adalah untukmengimport bahan makanan yang boleh diusahakan sendiri di negeri ini.28.2 Pada tahun 2003, rekod Jabatan menunjukkan industri penternakan Negeri Sabahmencapai pertumbuhan 5.5% dan telah menghasilkan komoditi ternakan bernilaiRM476.41 juta berbanding RM450.28 juta pada tahun 2002. Sumbangan industri inikepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Negeri Sabah ialah 4.5%. Manakala nilaiimport komoditi ternakan adalah berjumlah RM218.56 juta berbanding nilai eksportberjumlah RM33.85 juta. Salah satu industri penternakan yang menyumbang kepadapertumbuhan ekonomi negeri ialah Projek Penternakan Lembu Tenusu. Hasil daripadapenternakan itu ialah pengeluaran susu segar mencapai 71% keperluan tempatan.Permintaan tempatan susu segar Negeri Sabah adalah sebanyak 8 juta liter setahun.Pada tahun 2003, industri ini mengeluarkan sebanyak 5.66 juta liter susu segar dengannilai pendapatan berjumlah RM8.49 juta. Selain mengeluarkan hasil susu, industri ini jugadapat mengeluarkan daging lembu hasil daripada kelahiran anak lembu jantan.29. OBJEKTIF PENGAUDITANObjektif pengauditan adalah untuk menentukan sama ada projek lembu tenusu inidilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.30. SKOP DAN KAEDAH AUDITSkop pengauditan adalah meliputi perancangan, pelaksanaan dan pemantauanprojek lembu tenusu bagi tempoh tahun 2001 hingga 2004. Pengauditan dijalankan diJabatan Perkhidmatan Haiwan Dan Perusahaan Ternak di peringkat Ibu Pejabat dan di 4cawangan yang dipilih iaitu di Keningau, Tawau, Kota Marudu dan Tenom. Cawangandipilih berasaskan kepada jumlah penyertaan penternak. Pengauditan adalah merangkumipemeriksaan terhadap rekod berkaitan permohonan dan kelulusan projek, pengagihanlembu dan penjualan susu. Dua puluh ladang projek telah dipilih untuk dilawati, temu bualdengan pegawai yang berkaitan dan para penternak yang dipilih juga dijalankan.106

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!