13.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

dan akaun. Pihak Audit mendapati Lembaga belum menubuhkan Jawatankuasatersebut. Mengikut maklum balas pihak Lembaga, penubuhan Jawatankuasa ini akandibentang semasa mesyuarat Lembaga Pengarah. Namun begitu, sehingga akhir bulanJanuari 2005 kertas cadangan penubuhan ini belum lagi dibentang.47.1.6 Jawatankuasa Audit Dan PemeriksaanJawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan sebagai satu mekanisme penyemakan danpengimbangan dalam organisasi serta untuk menjamin urus tadbir Agensi sejajar denganEnakmen. Jawatankuasa ini sepatutnya dianggotai oleh 4 ahli tetapi hingga kini 3 ahlitelah dilantik. Ini kerana jawatan Juruaudit Dalam yang akan menjadi Setiausaha belumdiisi. Penubuhannya adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri Negeri padabulan Jun 1988. Semakan Audit terhadap fail Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaanmendapati Jawatankuasa ini belum pernah mengadakan mesyuarat semenjakpenubuhannya. Daripada maklum balas yang diterima, pihak Lembaga akanmengemaskinikan keahlian Jawatankuasa dan akan dibentang semasa mesyuaratLembaga Pengarah. Namun begitu, sehingga bulan Januari 2005 kertas cadanganpengemaskinian keahlian belum lagi dibentang.47.1.7 Kursus Dan Latihan Kepada KakitanganKursus dan latihan kepada kakitangan adalah bertujuan untuk meningkatkan kecekapandan mutu kerja. Semakan Audit terhadap fail latihan dan kursus bagi tahun 2002 hinggaakhir bulan April 2004 mendapati anggota pelbagai gred/kategori telah menghadiri 70jenis kursus dan latihan termasuk pengurusan kewangan. Selain itu, adalah didapatikakitangan Taman Sabah telah menghadiri 61 seminar dan persidangan yang dianjurkanoleh pelbagai Jabatan/Agensi pada tahun 2002 dan 2003. Kursus, latihan dan seminarserta persidangan yang telah dihadiri oleh anggota telah dicatatkan pada buku RekodPerkhidmatan Pegawai.Pada pendapat Audit, kawalan pengurusan Lembaga perlu dipertingkatkan lagi.Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja perlu disediakan sebagai panduan kerjakakitangan. Selain itu, Lembaga perlu mewujudkan Jawatankuasa PengurusanKewangan Dan Akaun dan mengaktifkan Jawatankuasa Audit Dan Pemeriksaan bagimemantau pengurusan kewangan Lembaga.47.2 KAWALAN HASILPada tahun 2004, Lembaga telah mengutip hasil dan terimaan geran berjumlah RM27.94juta berbanding RM20.60 juta pada tahun 2003 iaitu meningkat sejumlah RM7.34 juta.Butiran lengkap mengenai hasil dan terimaan geran Lembaga adalah seperti di Jadual 62.172

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!