13.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

tahun 2003 dan 2004, Majlis tidak menyediakan perancangan untuk menambahperalatan dan kenderaan yang digunakan oleh anggota penguat kuasa.61.1.6 Anggaran HasilPada tahun 2003 dan 2004, Majlis menganggarkan kutipan hasil daripada pengeluarandan pembaharuan lesen operasi berjumlah RM1.02 juta setiap tahun. Manakalaanggaran hasil sewa/lesen gerai disediakan berasingan iaitu berjumlah RM1.47 jutasetiap tahun. Lesen Perniagaan pula merupakan hasil kepada Kerajaan Negeri di manaanggaran hasil akan disediakan oleh Kerajaan Negeri.61.1.7 Kaedah PemantauanPemantauan terhadap pengurusan pelesenan di premis perniagaan akan dilaksanakanoleh Seksyen Pelesenan dan pihak pengurusan Majlis. Pemantauan ini akandilaksanakan melalui mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan yang akan dipengerusikanoleh Timbalan Presiden dan Mesyuarat Penuh yang akan dipengerusikan oleh Presiden.Pemeriksaan terhadap premis perniagaan juga akan dilaksanakan oleh InspektorPerbandaran dari semasa ke semasa. Pemeriksaan tersebut bertujuan untukmemastikan peniaga mempunyai lesen yang sah dan mematuhi undang-undangberkaitan pelesenan. Aktiviti penguatkuasaan pula akan dipantau oleh Seksyen Penguatkuasa di bawah penyeliaan Timbalan Setiausaha Operasi. Pemantauan ini akandilaksanakan berdasarkan laporan yang diterima daripada Seksyen Pelesenan atauaduan awam.Pada pandangan <strong>Audit</strong>, perancangan untuk pengurusan pelesenan adalahmemuaskan berdasarkan peruntukan undang-undang dan peraturan yang sedia ada.Selain itu, garis panduan dan manual mengenai prosedur pengeluaran lesen danpenguatkuasaan turut disediakan dengan lengkap.61.2 PELAKSANAANSemakan <strong>Audit</strong> terhadap pengurusan pelesenan di premis perniagaan yang dijalankanoleh Majlis mendapati perkara seperti berikut:61.2.1 Undang-Undang PelesenanPada masa kini, Majlis masih mengguna pakai Undang-undang Kecil yang diwujudkanantara tahun 1956 hingga 1987 sebagai rujukan bagi mengendalikan pengurusanpelesenan di premis perniagaan. Pihak <strong>Audit</strong> mendapati semakan semula belum pernahdilakukan terhadap Undang-undang Kecil tersebut. Sebagai contoh, kadar yangditetapkan bagi lesen operasi kedai kopi ialah RM95 satu bulan, manakala kadar yangdikenakan bagi lesen operasi restoran kelas pertama ialah RM190 satu bulan. Kadar initelah ditetapkan pada tahun 1956 dan masih diguna pakai sehingga hari ini.Bagaimanapun, Majlis telah mengambil daya usaha untuk menyemak semula kadar220

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!