13.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

9. PENEMUAN AUDIT9.1 KAWALAN BAJETPekeliling Kementerian Kewangan Bilangan 1 Tahun 2003 memberi garis panduan kepadasemua Setiausaha Tetap Kementerian dan Ketua Jabatan Negeri mengenai penyediaanbajet tahun 2004. Bajet Negeri tahun 2004 disediakan dengan menggunakan SistemBelanjawan Tradisional. Jabatan Audit mengalu-alukan cadangan KementerianKewangan untuk menggunakan Sistem Belanjawan Yang Diubahsuai selaras denganamalan yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan.Pada tahun 2004, terimaan hasil dianggarkan berjumlah RM1.82 bilion manakala anggaranperbelanjaan berjumlah RM1.89 bilion. Anggaran hasil terdiri daripada hasil negeriberjumlah RM1.19 bilion, pemberian Persekutuan, sumbangan dan bayaran balikberjumlah RM371.21 juta dan terimaan Kumpulan Wang Pembangunan berjumlahRM254.46 juta. Anggaran perbelanjaan pula terdiri daripada perbelanjaan perbekalanyang berjumlah RM1.39 bilion dan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM502.71 juta.Pada keseluruhannya, bajet 2004 ini merupakan bajet defisit sejumlah RM69.66 juta.Defisit ini akan ditampung oleh lebihan wang dari Kumpulan Wang Disatukan.Bajet 2004 ini dibentangkan oleh Menteri Kewangan pada akhir bulan Oktober 2003 untukkelulusan Dewan Undangan Negeri. Selepas diluluskan, waran perbelanjaan dikeluarkandan ditandatangani oleh Menteri Kewangan. Pada tahun 2004, dua anggaran peruntukantambahan bagi perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan masing-masingberjumlah RM120.14 juta dan RM106.55 juta telah diluluskan oleh Dewan UndanganNegeri pada bulan Julai dan November 2004. Keadaan ini adalah teratur dan selarasdengan kehendak Seksyen 13 Akta Acara Kewangan 1957. Sejumlah 434 pindahperuntukan iaitu 404 bagi perbelanjaan mengurus dan 30 bagi perbelanjaan pembangunanmelibatkan RM35.98 juta dan RM13.87 juta telah diluluskan oleh Kementerian Kewanganpada tahun 2004.Pada pendapat Audit, kawalan bajet Kerajaan Negeri pada tahun 2004 bermuladaripada peringkat penyediaan sehingga kelulusan dan pengeluaran Waran Amadalah teratur dan mengikut prosedur yang ditetapkan.9.2 KAWALAN HASILKementerian Kewangan adalah bertanggungjawab mengawal dan menerima hasilKerajaan Negeri. Pada tahun 2004, hasil Kerajaan Negeri berjumlah RM1.79 bilionberbanding RM1.88 bilion pada tahun 2003. Hasil utama Kerajaan Negeri adalah terdiridaripada cukai jualan RM442.80 juta, hasil hutan RM384.38 juta, royalti petroleumRM254.89 juta, peruntukan dan sumbangan Persekutuan berjumlah RM226.06 juta.Pemeriksaan Audit terhadap kawalan hasil mendapati perkara berikut:21

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!