13.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

19. OBJEKTIF PENGAUDITANObjektif pengauditan adalah untuk menentukan sama ada pengurusan pengeluaranlesen membalak, kilang dan semua lesen berkaitan aktiviti pembalakan serta kutipan hasiltelah dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.20. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITANSkop pengauditan meliputi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan pengurusanpengeluaran lesen pembalakan, kilang dan lesen lain yang berkaitan bagi tahun 2003 dan2004. Sejumlah 5 daripada 26 Pejabat Perhutanan Daerah iaitu Sandakan, Tawau,Kalabakan, Beluran dan Keningau telah dipilih untuk tujuan pengauditan. Pengauditan initertumpu kepada pengurusan pengeluaran lesen membalak, kilang, mesin dan kenderaanpembalakan serta sistem kawalan hasil. Kaedah pengauditan dijalankan denganmenyemak dan memeriksa rekod, fail dan minit mesyuarat di peringkat Ibu Pejabat dancawangan. Temu bual juga diadakan dengan pegawai perhutanan di Ibu Pejabat danPejabat Perhutanan Daerah (Pejabat) yang dipilih. Dua pondok pemeriksaan balak, satukawasan pembalakan dan 17 kilang juga telah dilawati. Selain itu, maklumat tambahanjuga diperolehi dari <strong>Jabatan</strong>/Pejabat yang terlibat secara langsung dengan aktivitipembalakan seperti Pejabat Hasil Bumi, <strong>Jabatan</strong> Alam Sekitar dan Unit PembanterasanPembalakan Haram, <strong>Jabatan</strong> Ketua Menteri.21. PENEMUAN AUDIT21.1 PERANCANGANKerajaan Negeri Sabah komited terhadap pengurusan dan kawalan kawasan hutanberdasarkan kaedah pengurusan hutan mampan bagi mengekalkan sekurang-kurangnya60% kawasan negeri diliputi hutan. Ianya juga bertujuan memastikan sektor perhutananterus menjadi salah satu sumber hasil utama Kerajaan Negeri.21.1.1 Dasar Perhutanan SabahDasar Perhutanan Negeri telah dirangka sejajar dengan Dasar Perhutanan <strong>Negara</strong>berasaskan konsep pengurusan hutan mampan. Kandungan dasar tersebut menetapkanantaranya ialah:a) Menyediakan kawasan yang sesuai dan strategik sebagai kawasan hutan kekalyang selaras dengan konsep guna tanah yang rasional bagi memastikan wujudnyakawasan hutan perlindungan, hutan produktif dan hutan ameniti iaitu kawasanhutan yang khas untuk tujuan rekreasi, pelajaran, penyelidikan dan kawasanhidupan flora dan fauna.b) Memastikan penggunaan sumber hutan yang efisien dari kawasan yang bukantermasuk kawasan hutan kekal dengan menyediakan perancangan koordinasi yangsempurna oleh Agensi yang terlibat dengan pembangunan tanah untuk51

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!