13.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

KORPORASI PEMBANGUNAN DESAPROJEK PENTERNAKAN AYAM DAGING53. LATAR BELAKANG53.1 Pada tahun 1989 Korporasi Pembangunan Desa (Korporasi) telah memperkenalkanbeberapa projek sosio-ekonomi seperti ternakan lebah madu, ternakan ayam kampung,kambing serta tanaman seperti jagung, cendawan, markisa, tembakau, betik, kopi, nanas,kelapa sawit, ubi kentang, kacang tanah dan padi. Projek Penternakan Ayam Dagingdilaksanakan secara kontrak melibatkan kawasan Kota Kinabalu, Beaufort, Papar,Penampang dan Tuaran. Semua projek tersebut adalah selaras dengan fungsi Korporasiiaitu untuk memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi penduduk luar bandar di Sabah,khususnya yang miskin melalui pelaksanaan projek berasaskan pertanian. Objektif ProjekPenternakan Ayam Daging adalah untuk meningkatkan pendapatan peserta ke suatutahap yang melebihi garis kemiskinan, menanam semangat berdikari di kalangan pesertaterutama dari aspek pengurusan dan pembiayaan projek tanpa subsidi Kerajaan. Selainitu, projek ini juga bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran daging tempatan danmengurangkan import, memberi pengetahuan dan kemahiran mengenai pengurusanladang ternakan ayam secara komersial serta menjana aktiviti ekonomi yang memberikeuntungan kepada semua pihak yang terlibat dengan industri penternakan ayam diSabah.53.2 Sepanjang tempoh tahun 2001 hingga 2004 Korporasi telah menerima peruntukanberjumlah RM0.99 juta dan semua peruntukan tersebut telah dibelanjakan. Selain itu,pihak Korporasi telah mengeluarkan biaya sendiri sejumlah RM23.86 juta untukmelaksanakan projek ini menjadikan perbelanjaan keseluruhan berjumlah RM24.85 juta.Bagi tempoh yang sama Korporasi telah mengeluarkan sebanyak 9.85 juta kilogramdaging ayam bernilai RM29.99 juta.54. OBJEKTIF PENGAUDITANObjektif pengauditan adalah untuk menentukan sama ada projek penternakan ayamdaging dilaksanakan dengan cekap dan berkesan bagi mencapai matlamatnya.55. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITANSkop pengauditan meliputi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan projekternakan ayam daging oleh Korporasi bagi tempoh tahun 2001 hingga 2004 yangmelibatkan 5 kawasan iaitu Kota Kinabalu, Beaufort, Papar, Penampang dan Tuaran.Kaedah pengauditan ialah dengan memeriksa dokumen berkaitan seperti failperancangan projek, fail pelaksanaan projek, dokumen kontrak dan fail lain yang berkaitandi peringkat Ibu Pejabat Korporasi dan Bahagian Poultry. Sebanyak 38 fail peserta telah190

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!