13.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

31.2.4 Kaedah PelaksanaanProjek lembu tenusu dilaksanakan melalui 2 kaedah iaitu secara memilih penternakperseorangan mengusahakan projek dan Jabatan sendiri menternak lembu tenusu di 2Stesen Ladang Jabatan. Pendekatan yang digunakan adalah secara ComprehensivePackage Approach yang melibatkan pembangunan infrastruktur, pembekalan lembutenusu, bantuan subsidi, latihan, pemasaran dan perkhidmatan pengembangan kepadapara penternak. Berikut adalah antara pendekatan pakej bantuan yang diberikan:-a) Pembiakan baka lembu tenusu dilakukan di Stesen Ladang Jabatan untuk dijualkepada penternak.b) Mengimport lembu tenusu baka Friesian Sahiwal dari New Zealand setiap tahun dandijual kepada penternak secara kredit.c) Bantuan material kepada penternak untuk membina kandang, tempat pemerahansusu, benih rumput dan kos penanaman rumput.d) Memberi latihan kepada penternak dengan mensyaratkan setiap penternakdimestikan untuk mengikuti kursus asas penternakan lembu tenusu selama 14 hari.e) Penubuhan pusat pengumpulan susu di zon tenusu di mana susu segar yangdihasilkan oleh penternak dibeli, dikumpul, diuji kualiti dan disimpan sebelum dijualkepada pengilang.f) Penternak diberi bantuan perkhidmatan teknikal dan pengembangan termasukperkhidmatan perubatan ternakan, permanian beradas dan pinjaman lembu jantan.g) Penternak membayar balik harga lembu pada kadar 25% daripada jumlah hasiljualan susu setiap bulan.Pada pendapat Audit, kaedah pelaksanaan projek adalah sebagai asas dankerangka projek lembu tenusu. Pelaksanaan projek perlu diurus dengan lebihcekap dan berkesan selaras dengan objektif dan matlamat Jabatan.31.2.5 Pemilihan Dan Kelulusan PermohonanPermohonan menyertai projek ternakan lembu tenusu dibuka sepanjang tahun.Maklumat mengenai projek ini disediakan berbentuk risalah dan buku panduan sertaboleh dilayari di laman web. Jabatan telah mengedar risalah dan buku panduanberkenaan semasa mengadakan pameran atau aktiviti yang melibatkan Jabatan.Antaranya pada Hari Penternak, Peladang Dan Nelayan dan Hari Peladang PeringkatNegeri setiap tahun. Bagi menentukan pelaksanaan projek dilaksanakan dengan teratur,Jabatan telah menyediakan jadual pelaksanaan projek. Mengikut jadual berkenaan,proses pemilihan pemohon dilakukan pada bulan Oktober setiap tahun. Pada tahun2001 hingga 2004, Jabatan telah memproses 104 borang permohonan. Daripada jumlahtersebut peserta yang terpilih adalah seramai 55 orang.Semakan Audit secara rambang terhadap 15 borang permohonan menunjukkandokumen sokongan seperti mana yang disyaratkan telah diselenggarakan dan difailkan.Pemeriksaan secara fizikal terhadap tanah dan kawasan yang dicadangkan juga114

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!