13.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

MAJLIS DAERAH KENINGAU DAN MAJLIS DAERAH LABUK SUGUT, BELURANPENGURUSAN KEWANGAN49. LATAR BELAKANGPada tahun 2004, pengauditan pengurusan kewangan telah dijalankan terhadap 2Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Daerah Keningau dan Majlis Daerah Labuk Sugut,Beluran (Majlis). Majlis Daerah Keningau ditubuhkan pada tahun 1962 dan mempunyaikawasan perkadaran seluas 1,371 hektar. Ia diketuai oleh Pegawai Daerah Keningauselaku Pengerusi Majlis dan mempunyai 19 ahli. Manakala Majlis Daerah Labuk Sugut,Beluran pula ditubuhkan pada tahun 1972 dan mempunyai kawasan perkadaran seluas2,015 hektar. Ia diketuai oleh Pegawai Daerah Beluran selaku Pengerusi Majlis danmempunyai 11 ahli. Penubuhan Majlis tersebut dibuat selaras dengan Seksyen 3, OrdinanKerajaan Tempatan 1961. Pengurusan kewangan Majlis adalah tertakluk kepada OrdinanKerajaan Tempatan 1961, Arahan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Sabahdan Undang-undang Kecil berkaitan. Selain itu, Majlis juga perlu mematuhi pekeliling yangdikeluarkan oleh Kerajaan Negeri dari semasa ke semasa.50. OBJEKTIF DAN SKOP PENGAUDITANObjektif pengauditan adalah untuk menentukan sama ada pengurusan kewanganMajlis dibuat mengikut undang-undang dan peraturan kewangan serta wujud kawalandalaman yang berkesan. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menentukan sama adapenyelenggaraan rekod adalah lengkap dan kemas kini. Skop pengauditan meliputi tahun2004. Rekod kewangan dan dokumen yang disemak adalah seperti Buku Tunai, Buku Vot,penyata penyesuaian, Daftar Pelaburan, Daftar Pinjaman, akaun amanah/deposit sertaDaftar Aset dan Inventori. Selain itu, temu bual dengan pegawai yang terlibat telah dibuatuntuk mendapat penjelasan lanjut.51. PENEMUAN AUDIT51.1 KAWALAN PENGURUSANKawalan pengurusan meliputi aspek antara lainnya mengenai struktur organisasi,perjawatan dan sumber manusia serta penubuhan Jawatankuasa yang bertujuan untukmeningkatkan tahap kecekapan pengurusan dan kualiti kerja. Carta Organisasi yanglengkap adalah penting bagi menunjukkan struktur dan kedudukan bahagian/unit yangdiwujudkan dan setiap kakitangan Majlis. Ia dapat memberi gambaran mengenaitanggungjawab setiap bahagian/unit serta kakitangannya dan memudahkan tugaspenyeliaan. Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan kakitangan, kursus dan latihan yangbersesuaian dengan bidang tugas masing-masing perlu diberikan dari semasa ke semasa.Menurut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil. 8 Tahun 1991 pula, semua Agensiperlu menyediakan Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja untuk setiap kakitangan. Selain182

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!