13.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MS ISO 9002 : 1994 terhadap pengendalian latihan. Garis panduan mengenaipengambilan pelatih kursus mengandungi perkara seperti berikut:a) Kriteria Pengambilan PelatihKriteria pemilihan atau pengambilan pelatih akan ditetapkan berdasarkan kepadaprestasi, ujian bertulis dan keterampilan calon semasa temu duga terbuka yangdijalankan. Keutamaan juga akan diberikan kepada calon yang tercicir daripersekolahan dan terdiri daripada keluarga yang kurang mampu atauberpendapatan rendah terutamanya dari kawasan luar bandar. Selain itu,beberapa kriteria lain ditetapkan yang perlu ada pada setiap calon seperti berikut:-i) Bertaraf Bumiputera dan Warganegara Malaysiaii) Berumur antara 17 hingga 26 tahun dan masih bujangiii) Sekurang-kurangnya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)iv) Lulus ujian bertulis aptitudev) Keupayaan Bahasa Melayuvi) Aktif sukan atau cergas dari segi fizikalvii) Kegiatan Ko-Kurikulum persekolahanviii) Pengetahuan am dan penampilan dirib) Tatacara Pengambilan PelatihTemu duga terbuka akan dijalankan sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulanOktober bagi sesi kemasukan bulan Januari dan bulan April bagi sesi kemasukanbulan Julai. Bagi tujuan tersebut, Institut akan mengiklankan melalui surat khabartempatan tentang panggilan temu duga terbuka iaitu seminggu atau 2 minggusebelum tarikh temu duga diadakan. Temu duga terbuka tersebut akan diadakan disetiap daerah untuk 5 zon iaitu zon Kota Kinabalu, Pantai Timur, Pedalaman Atas,Pedalaman Bawah dan Pantai Barat Utara. Calon yang hadir semasa temu dugatersebut dikehendaki mengisi Borang Permohonan dan mengambil ujian bertulis.Ujian bertulis berkenaan akan disemak oleh Jawatankuasa Penemu Duga. Institutakan mewujudkan 2 peringkat tapisan iaitu Panel/Jawatankuasa Penemu Duga(tapisan pertama) dan Jawatankuasa Pemilihan Peserta Kursus (tapisan akhir).36.1.4 Kumpulan Sasaran<strong>Jabatan</strong> merancang menetapkan kumpulan sasaran berpandukan kepada objektifpenubuhan Institut iaitu menawarkan kursus/latihan kepada golongan belia bertarafBumiputera di Negeri Sabah. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang tercicirkerana kelulusan akademik yang rendah dan tidak dapat melanjutkan pengajian tinggidan daripada keluarga berpendapatan rendah iaitu terutamanya daripada kawasan luarbandar. Sehubungan itu, Institut akan menetapkan sasaran dan kapasiti pengambilanpelatih kepada seramai 380 pelatih setiap tahun dan pecahan pengambilan pelatihadalah bergantung kepada kursus yang akan ditawarkan oleh Institut. Kursus bahagianperdagangan akan dihadkan pengambilan pelatih kepada seramai 180 orang manakalakursus bahagian teknikal pula akan dihadkan pengambilan pelatih seramai 200 orang.137

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!