13.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Sumber pembiayaan adalah bergantung kepada kewangan mereka sendiri ataupunmendapatkan biasiswa/bantuan pinjaman Kerajaan Negeri. Ini adalah disebabkanpolisi Kerajaan Negeri bahawa semua urusan pembiayaan biasiswa ataupunpinjaman Kerajaan akan hanya diurus oleh <strong>Jabatan</strong> Ketua Menteri atau YayasanSabah. Bagaimanapun, <strong>Jabatan</strong> telah menghantar tenaga pengajar untukmengikuti kursus induksi dan kursus asas tenaga pengajar anjuran MLVK sendiri.Tindakan ini adalah antara syarat yang ditetapkan oleh MLVK kepada Institut lainyang telah/akan mendapatkan pentauliahan persijilan MLVK terhadapkursus/latihan yang dianjurkan.Pada pendapat <strong>Audit</strong>, Institut telah melaksanakan pembangunan tenagapengajar dengan memuaskan kerana Institut telah memberikannyapengetahuan dan latihan asas serta bentuk latihan lain yang diperlukan.36.2.7 Keperluan Kemudahan InstitutInstitut telah menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelatih dan kakitangan Institutseperti kemudahan bangunan, logistik, peralatan pembelajaran, pakaian seragam, wangsaku/elaun bulanan dan makanan. Pemeriksaan <strong>Audit</strong> terhadap kemudahan yangdisediakan adalah seperti berikut:a) Bangunan InstitutMengikut perancangan, peruntukan yang dianggarkan bagi pembinaan Institut ialahberjumlah RM22.60 juta. Bagaimanapun, peruntukan yang diperolehi hanyaberjumlah RM9.57 juta sahaja. Oleh yang demikian, projek pembinaandipecahkan kepada 2 fasa. Fasa I dimulakan pada bulan September 1991 dengankos berjumlah RM9.57 juta dan siap serta diserah secara rasmi kepada Institutpada bulan Julai 1994. Projek Fasa 1 ini mengandungi pembinaan bangunanmerangkumi 2 blok berkembar asrama, satu blok berkembar bilik kuliah, satu blokdewan makan, satu blok (2 unit) rumah pegawai dan satu blok (2 unit) rumahpekerja (artisan line). Kapasiti asrama hanya dapat menampung seramai 228pelatih pada sesuatu masa. Bagaimanapun, bagi menampung pelatih berjumlah280 orang yang diambil pada sesuatu masa, sebahagian daripada pelatih yangsepatutnya berkongsi 6 orang 1 bilik telah ditambah menjadi 7 hingga 8 orang 1bilik.Bagi membolehkan Institut beroperasi sepenuhnya, pembinaan bangunan mengikutFasa II telah diambil kira di bawah RMK7. Anggaran peruntukan kewangan yangdiperlukan berjumlah RM11.37 juta. Bagaimanapun, sejumlah RM6.30 juta sahajadiluluskan. Oleh yang demikian pembinaan projek Fasa II tidak dapat dilaksanakansepenuhnya seperti yang dirancang. Peruntukan projek pembinaan Institut Fasa IIyang dipohon dan diluluskan adalah seperti di Jadual 56.153

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!