13.07.2015 Views

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

Untitled - Jabatan Audit Negara

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

66.2.6 Guna TenagaSeramai 102 kakitangan Majlis yang terdiri daripada seorang Inspektor Kesihatan, duapuluh satu orang pemandu dan 80 orang Pekerja Rendah Awam telah dipinjamkankepada kontraktor untuk menjalankan kerja pemungutan sampah. Pekerja ini telahdibayar gaji, elaun serta diberi kemudahan seperti mana anggota perkhidmatan awamyang lain. Tempoh peminjaman pekerja ini kepada kontraktor adalah selama 10 tahunmulai bulan Mac 1999.Pada pendapat <strong>Audit</strong>, peminjaman kakitangan ini kepada kontraktor adalah teratur.66.2.7 Keperluan Kenderaan/PeralatanKesemua kenderaan yang telah dibeli oleh kontraktor dari Majlis telah digunakan secaraoptimum. Pihak kontraktor telah membaik pulih kenderaan ini untuk membolehkannyadigunakan bagi pungutan sampah. Pihak kontraktor tidak ada membuat pembeliantambahan walaupun pada awalnya telah merancang untuk membeli 3 hingga 5kenderaan baru bagi tempoh 3 tahun pertama beroperasi.Daripada 18 lori kompaktor yang dibeli dari Majlis hanya 17 sahaja yang boleh digunakankerana satu daripadanya telah mengalami kerosakan dan tidak dapat dibaiki lagi.Berdasarkan norma kerja harian, setiap lori kompaktor boleh digunakan sebanyak 2 syifsatu hari dengan purata muatan 6 tan kapasiti sampah bagi setiap pungutan yang dibuat.Dengan itu dianggarkan 17 lori kompaktor ini dapat menampung 204 tan sampah setiaphari. Majlis menganggarkan purata sampah yang perlu dikutip setiap hari oleh lorikompaktor ialah 225 tan. Oleh itu berasaskan kepada norma tersebut 19 lori diperlukanuntuk menampung kutipan sampah setiap hari berbanding dengan 17 lori yang ada.Selain daripada lori kompaktor, kontraktor ini juga memiliki 3 buah lori jenis Roll On RollOff dengan norma kerja yang boleh dilakukan sebanyak 8 syif satu hari bagi setiap lori.Semakan <strong>Audit</strong> mendapati 23 pusat telah dibekalkan dengan tong sampah jenis Roll OnRoll Off. Oleh itu, tiga buah lori jenis ini dianggarkan dapat melakukan pusingan kerjasebanyak 24 syif satu hari dan boleh menampung pusingan kerja di semua pusat tongsampah tersebut pada setiap hari.Selain daripada kenderaan, pembekalan tong sampah yang secukupnya adalah pentinguntuk memastikan sampah tidak dibuang di merata tempat. Pada tahun 2004, Majlistelah membeli sebanyak 100 tong sampah jenis Chute Bin bagi tujuan penggantiankepada peralatan sedia ada. Pembelian tong sampah oleh Majlis tidak dapatdilaksanakan mengikut perancangan disebabkan oleh masalah kewangan.Pada pendapat <strong>Audit</strong>, bilangan tong sampah dan lori kompaktor perlu ditambahsupaya pungutan sampah dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.248

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!